Oct 21, 2011

VIDEO BUKTI GADDAFI MASIH HIDUP.. PROPAGANDA POLITIK LIBYA!!?







Bekas Pemimpin LIBYA Muammar Gaddafi dikecohkan telah mati dibunuh dalam 1 penangkapan yang dibuat di bandar kelahiran beliau. Namun setakat ini pihak yang bertanggungjawab iaitu Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) tidak lagi mengesahkan kematian beliau, akan tetapi hanya membuat kenyataan "berkemungkinan terbunuh". Pembunuhan tersebut berlaku setelah Pejuang Revolusi Libya telah melakukan serangan besar2an di kawasan yang dikatakan telah dikenalpasti lokasi semasa Gaddafi. Dalam pada yang sama, Menteri Penerangan Libya mengesahkan secara drastik kematian beliau tanpa mendapat respons balas daripada Menteri2 Kabinet yang lain. “Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan.” Berita kematian Gaddafi ini walaubagaimanapun mendapat respons yang berbeza dari kalangan rakyat Libya. Ada yang mendakwa Gaddafi masih hidup dan kejadian semalam adalah 1 propaganda politik semata2. Ini kerana mereka mengambil contoh laporan yang diterbitkan sebelum ini mengenai kematian beberapa Ahli Keluarga Gaddafi disahkan tidak tepat. Apapun pandangan mereka, Melayu CinDia sentiasa berdoa agar situasi dan momentum kejadian Libya yang kini sedang merebak ke Negara2 Timur Tengah yang lain tidak berlaku di Malaysia. INGAT!! Ianya tidak mustahil berlaku di Negara kita jika mudah terperdaya dengan hasutan yang membakar sentimen ke arah keselamatan Negara. Video yang mengatakan Muammar Gaddafi Mati Dibunuh. Namun status beliau di dalam Video ini masih tidak disahkan. Namun berdasarkan rupa paras memang ada mirip Gaddafi .





0 comments:

Powered by Blogger.