Oct 16, 2011

SKANDAL SEKS ANWAR ERA JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN!!?





Anwar kini berhadapan dengan pelbagai pembongkaran Moral beliau yang didedahkan oleh beberapa rakan karib yang pernah bersama2 beliau dalam urusan2 politik mahupun sebaliknya. Itu cerita soal moral. Setelah beliau mengherdik dan merendah2 kan moral PM Najib Tun Razak tanpa sebarang bukti, kini pertuduhan tersebut tersembur ke beliau semula beserta dengan bukti berbentuk video. Ini kisah Moral. Beliau cerita soal prinsip perjuangan. Anwar yang kini dok memperjuangkan kebebasan para mahasiswa IPT dan para penjawat guru yang disekat dari terus berkecimpung dan bergiat aktif di dalam politik mengherdik UMNO sebagai punca berlakunya sekatan tersebut. Walhal, ramai anak2 muda yang baru bersama Ketua Pembangkang tersebut tidak mengetahui fakta sebenar bahawa Anwarlah individu yang membentangkan Akta Universiti dan Kolej (AUKU) ketika memegang jawatan Menteri Pendidikan. Malah Anwar jugalah yang membawa usul untuk melarang sama sekali penjawat di dalam Kerajaan bergiat aktif di dalam arena Politik. Ramai yang tahu akan fakta ini. Malah, PAS sendiri pernah membuat kenyataan bahawa parti tersebut tidak akan memaafkan Anwar atas tindakan beliau yang bertindak sedemikian demi kepentingan politik peribadi beliau. Fitnah? Apa fitnah? Kamu tanya bekas2 mahasiswa era kepimpinan Anwar di dalam Kementerian tersebut. Kamu tanya mahasiswa2 pada era yang sama. Mereka tahu akan fakta ini. Melayu CinDia tidak akan mengeluarkan bukti pada masa kini. Mengikut strategi Anwar, "TUNGGU!! Saya akan dedahkan bila sampai masa dan ketikanya." Anwar herdik prinsip perjuangan UMNO yang mengangkat beliau dalam arena politik 1 ketika dahulu. Kini sampai masanya, kita akan dedahkan prinsip sebenar Anwar yang membuktikan beliau sekadar kemarukkan kuasa dan kekayaan kroni keluarga beliau.






0 comments:

Powered by Blogger.