Oct 28, 2011

PM BRITAIN GELAR NAJIB BULLSHIT!!?





Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang. Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “BullS” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia. Menurut portal Sarawak Report, Campbell baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan. Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'. Semalam, Campbell menulis di Twitter berkata beliau tidak pernah melawat Malaysia atau bekerja untuk Najib. Tulisan itu ekoran dakwaan pengguna Twitter bahawa beliau bekerja untuk kerajaan yang "korup". Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an. Beliau juga terkenal kerana menyakinkan rakyat Britain melalui usaha perhubungan awam untuk menyokong pencerobohan ke atas Iraq.





2 comments:

Anonymous said...

Bullshit yang sebenarnya YaPIEM, Pusat persembunyian ahli PKR. Buat potongan gaji utk kakitangan awam tapi tak pernah dipaparkan kemana aliran perbelanjaannya hingga masyarakat kini dah benar-benar curiga. Entah-entah guna potongan bulanan utk bayar gaji staf dan pengurusannya. Nak kata guna buat pajak gadai Islam kerajaan bagi pinjam. Entah lah YaPIEM Bullshit. Dah lah Ketua Pengarahnya guna (DR) cap ayam. Buat malu kerajaan aje.

Anonymous said...

Aku dah tau lama dah cerita hal YaPEIM ni. Hanya kerajaan buat pejam mata.....pekakan teliga aje. Dok biaq orang Anwar bermaharaja dlm agensi kerajaan pusat ni. Baik hati sungguh kerajaan kita.

Powered by Blogger.