Oct 21, 2011

PEMUDA PAS SOKONG - VIDEO SEKS ANWAR JADI BAHAN BUKTI KES LIWAT!!?





Pandangan bekas Sahabat Karib Anwar, Datuk Eskay yang mahu Video Seks yang dibongkar beliau dibawa ke Mahkamah dilihat dari sudut positif dari kalangan beberapa Pemuda PAS di Selangor. Rata2 menganggap selain dapat mengenalpasti kemampuan Ketua Pembangkang itu melakukan seks dari aspek status kesihatan beliau, pihak Mahkamah dalam pada yang sama dapat menyiasat Identiti lelaki di dalam Video terkenaan kerana dikhuatiri pembongkaran Video seterusnya bakal memakan diri Pakatan terutamanya maruah PAS yang setakat ini membela Anwar Ibrahim. Bahan bukti itu juga dilihat releven buat salah seorang saksi dari pihak Anwar iaitu Dr. Thomas agar dapat melihat dari aspek kemampuan Anwar melakukan aksi ranjang melalui hasil kajian pelaku dalam video berkenaan. Hasil kajian ini telahpun siap dan berada di dalam simpanan pihak yang berkenaan. Salah seorang Ahli Dewan Pemuda PAS menganggap persetujuan beberapa pemimpin PAS akar umbi di Selangor bukannya mewakili PAS Selangor akan tetapi pihak Jawatankuasa Negeri tidak sewajarnya mengabaikan dan tidak ambil peduli pandangan akar umbi. Video Seks Anwar kini telah menjadi penentu masa depan maruah dan Moral Pemimpin yang turut bakal dijulang PAS dan siasatan ini tidak akan memberi impak Negatif jika benar Anwar tidak bersalah. Ianya juga adalah salah satu pelengkap bagi mempercepatkan keputusan Kes Liwatnya itu. "Sebagai Pemimpin yang dilihat mengetuai Pakatan, adalah tidak releven baginya terus menerus memimpin Kerjasama ini kerana kes mahkamah beliau melibatkan soal moral. Maka Video Seks ini adalah salah 1 bahan bukti yang mampu mempercepatkan kes ini." Datuk Eskay hari ini meminta Video Seks Anwar beserta Laporan Hasil Kajian Video tersebut dijadikan bahan bukti Kes Liwat Anwar Ibrahim bagi menentukan samada Anwar mampu melakukan aksi ranjang. Anwar seperti yang dimaklumkan Dr. Thomas tidak mampu melakukan seks lagi kerana menghadapi masalah tulang belakang yang serius.





1 comments:

Lu Ingat Lu Sapa said...

Salam sahabat.
Mohon pautan untuk blog baru saya.Tk

Powered by Blogger.