Oct 28, 2011

PEMUDA PAS DAKWA HADI AWANG PENIPU.. DESAK LAKSANA HUDUD SEGERA!!





Ramai di kalangan Anggota Dewan Pemuda PAS Pusat menganggap sudah tiba masanya PAS Pusat mendesak secara keras agar Hudud dilaksanakan secara total kerana telah berjaya menawan 4 Negeri terutamanya 2 buah Negeri yang diketuai PAS Negeri. Rata2 mendesak agar Kedah dan Kelantan memulakan perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan sekian lama sehinggakan sanggup berperang jihad terhadap UMNO dek kerana undang2 Islam tersebut. Namun sebaliknya berlaku terhadap DAP setelah PAS dilihat masih berlembut dan tidak tegas dalam memastikan Hudud dilaksanakan malah masih boleh bertolak ansur sehingga menjatuhkan maruah parti apabila dasar Perundangan Islam gagal dilaksanakan. Lebih memalukan apabila mereka mendakwa Kerajaan Negeri Kedah yang lebih 96% dikuasai PAS gagal melaksanakan sistem Perundangan Islam termasuklah menutup Pusat2 Hiburan pada bulan Ramadhan dek kerana bantahan keras dari pihak DAP Negeri yang tidak mempunyai sebarang kuasa di dalam Pentadbiran Negeri. Pemuda PAS dijangka akan mendesak Presiden Abdul Hadi Awang agar bertindak lebih tegas dan tidak menipu pengundi yang meletakkan harapan yang tinggi sekian lama terhadap janji2 PAS melaksanakan Hukum Hudud yang didakwa 1 ketika dahulu hukumnya wajib untuk dilaksanakannya.






6 comments:

Anonymous said...

aku dah agak dan dah kata, pok serban ni pun dah gila mcm yg tua nyanyok kat klate tu.....ilmu islam tersalah paham krn perasan maka setan dah menenggek di jantung hatinya....berkwnlah dgn setan pkr dan dap tu..

Inai Merah said...

Nak dikatakan tak cerdik,cerdik-cerdik belaka. Kalau tidak takkanlah belajar sampai ke Mesir.

Cuma, ibarat buah kelapa tak berapa matang lagi. Nak perah buat santan pun tak berapa boleh, kalau minum air nanti kembung pula kerana dan lepas masa muda.

Yang moleknya tunggu sampai tua biar dia gugur sendiri.

Ini lah ibarat perjuangan PAS dalam propaganda untuk mendirikan Daulah Islamiah.

Sebenarnya dari dahulu sampai sekarang inilah dakyah yang dimainkan oleh mereka sehingga sanggup mengkafirkan sesama saudara seIslam. Kononnya Islam mereka itu benar Islam orang lain hanya topeng.

Contohnya:- Anwar sudah mengucap syahadah ka setelah menjadi sekutu dengan PAS. Dulu dia adalah kafir kerana berada dalam UMNO, begitu jugalah mereka-mereka yang kebanyakkannya dalam PKR.

Wahai Pemuda-pemuda PAS, kamu orang yang cerdik pandai, suluhlah, dimanakah punca tepesongnya perjuangan PAS yang sebenar sehingga saudara seIslam dikafirkan dan dihina sedemikian rupa. Tidak ketinggalan sehingga Ibu bapa yang melahirkan kita sebagai seorang Islam pun dikafirkan juga.

Berfikirlah dan bersuluhlah dalam ketenangan. Moga Allah memberi pertunjuk kejalan yang benar.

Insan adalah makhluk yang perlupa, bersederhanalah dalam mentarbiah, jangan sampai melampaui batas.

Bersaudaralah kamu di antara PAS, UMNO dan yang lain.

Jangan terikut-ikut dengan mereka yang dahulunya memperjuangkan akhirat tapi kini menjunjung dunia.

Ingatlah telah menyusup dalam kamu nafsu yang amat SERAKAH yang telah berjaya memecah belahkan di antara kamu.

Sudah ada Ulamak dan Sekular di antara kamu. Mana mungkin Kamu dapat mendaulatkan Islam.

Hanya dengan perpadaun diantara kita dapat merobah segalanya.

Kunci Syurga itu adalah Kalimah Laillahaillah... bukan kerana dia PAS, UMNO, Parti Jumaat Islamiah...

Anonymous said...

kahkahkah adakah anda baru sedar wahai ahli pas....ko org tengoklah dia ni adakah ciri2 pemimpin pada diri nya...nauzubillah lu org pecat saja lah pok hadi tu.... ramai lagi yang berkeliber.....jangan padang pada janggut saja nak pilih pemimpin....

shahalamkini said...

HAI baru tahu ke!!!! itulah yang dimomokan dikelantan sehingga juara 3 kali berturut-turut hiv..

manbillion said...

pemuda pas pusat pun sama jugak berani kurang, cakap sahaja lebih tindakan jauh sekali. ajaklah barisan para ulamak, tok2 guru, ostad2 buat sesuatu yang berfaedah selain dari berceramah. la ni isu hudud, tak usah mimpilah hukum hudud hendak dilaksanakan, waima pakatan rakyat memerintah sekalipun. setelah 20th memerintah kelantan tuan guru bangga mengistiharkan kota baharu bandaraya islam yang kotor dan menjijikkan, serambi mekah dengan longkang penuh sampah, jalang dan kemungkaran payah dicegah membangun bersama islam. itu cerita zaman silam, lepas pilihanraya terus diam.

ostad tantawi tau tak...? pusat pelacuran yang berhampiran pejabat kerajaan negeri pun tak mampu pok nik ditutup, islam apa namanya tu...? buat kerja ke tidak pok nik ni..? teman bukan lah ostad, tapi rasanya zina adalah kesalahan yang besar disisi islam malah agama apa sekalipun, betul ke tidak ostad tantawi? kalau betul bagitaulah kat pok nik, tutup pusat pelacuran tu dulu baru berkira kira nak laksanakan undang2 hudud ke apa ke, kalau cakap saya salah buat lah tiada siapa berani menegah. masaalah ini dah 20th lama tu ostad, tapi kenapa tak leh ke nak tutup...? atau memang orang2 kelantan berminat kearah itu, patut lah penghidap hiv aids ramai di kelantan.

tidak kah ostad berasa malu mempunyai ulamak bertaraf wali, menurut kata hai hai bai bai, hai yang baru, babai yang lama, (akhilhai),
kelantan diperintah seorang tok guru yang lebih 20th memberi kuliah pada setiap pagi jumaat, apa yang dikuliahkannya entah lah. seorang tok guru bagi sebuah bandaraya islam, tak mampu melarang masyarakatnya dari berbuat kemungkaran. segala macam kemungkaran ada dinegeri serambi mekah ini. seludup dan menyeludup, satu pekara biasa merugikan kerajaan kelantan dan negara.

dengan segala macam jenayah yang tak terkawal berani kah hudud dilaksanakan. teman berani betaruh, tapi minum teh je la, bertaruh duit dan harta benda tidak lah..., yang pok nik hanya buat lawak pilihanraya dan tak lebih daripada itu. lepas pilihan raya nanti dia akan kata masanya belum sesuai, tak perlu risau kito akan laksanakan. maka hadis serta fatwa baru akan keluarkan.

hidup ketua pemuda PAS pusat, perkara yang buruk jangan subahat, tapi ingat jangan lompat parti.., nanti tuan kehilangan iateri, harta benda tuan dah cari, depa senang2 menjadi penganti.
takbir.....

Anonymous said...

pemuda pas baru sedar? selama ni buat apa? angguk2 geleng2 jugak ke?

Powered by Blogger.