Oct 24, 2011

PELUMBA HONDA MAUT - LITAR SEPANG DITUTUP.. KESELAMATAN LEMAH!!?





Litar Sepang buat pertama kalinya dikejutkan dengan 1 kemalangan yang telah meragut nyawa Pelumba Honda Marco Simoncelli. Kejadian petang semalam mencungkil sejarah baru di mana ini merupakan kali pertama sebuah perlawanan peringkat dunia yang telah menyebabkan kematian tragis salah seorang peserta MotoGP itu. Namun, ada yang cuba membuat provokasi tentang tahap kualiti keselamatan litar ini dan dikatakan kualiti litar yang kurang memberangsangkan menjadi penyebab berlakunya kemalangan tersebut. Andaian sebegini telah dimainkan beberapa pemimpin Politik Pembangkang bagi memburuk2kan pihak penganjur dan dikaitkan pula dengan projek2 kroni yang mengaut hasil keuntungan yang melampau menyebabkan penghasilannya tidak memberansangkan. Setakat ini, pihak penganjur tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai salah 1 punca utama kematian Marco akan tetapi berpunca daripada kemalangan yang tidak disengajakan. Tidak punyai kaitan langsung dengan tahap keselamatan. Ini yang dimainkan puak2 Anwar yang menggunakan populariti ini sebagai senjata memalukan serta bagi menjatuhkan Kerajaan. Semua pihak diminta tidak begitu mudah terperdaya dengan andaian sedemikian dan merujuk kepada laporan yang sahih dari pihak penganjur MotoGP dan pihak penganjur Marco sendiri. Takziah dari Melayu CinDia. Dunia kehilangan seorang pemain yang amat dikagumi dan punyai potensi yang amat tinggi.





8 comments:

Anonymous said...

Sudah berapa lama litar sepang tu digunakan dan tak timbul soal keselamatan litar. Cuba tanya para pelumba pula setiap kali ujian motosikal sebelum perlumbaan dunia dijalankan litar sepang merupakan salah satu litar kegemaran pelumba..

Anonymous said...

Jangan salahkan tahap keselamatan litar kebanggan kita,jangan dok kutuk aje...klu x tahu jangan cakap..dlam pelumbaan sperti ini apa2 juga boleh berlaku..pelumba sendiri pn sudah sediamaklum..kpd SIC dan negara...Tahniah atas penganjuran..Opppss Tahnian juga kps ZulFahmi dpt tempat ke 7 dalam pelumbaan 125cc..Bravooo...

Anonymous said...

setiap sebelum perlumbaan, pihak penganjur akan meneliti setiap aspek litar termasuk lah dr segi keselamatan. mereka ada kepakaran dan penganjuran sukan ini bukan di m'sia shj ttp seluruh dunia. org yg mengkritik bkn ya pakar pn. cuma org politaik. ckp serupa org tak sekolah,..

Anonymous said...

PUAK PEMBANGKANG PENAH RACE KA???

TAHU MELALAK FAKTOR KESELAMATAN TAK MEMUASKAN KONON...

DAH LEBIH DARI 13 TAHUN LITAR SEPANG DIGUNAKAN TANPA MERAGUT NYAWA...

KALAU IMPACT YG CUKUP KUAT KENA PADA FULL FACE TAK KIRA LA KALAU HARGA MENCECAH RIBUAN RINGGIT PUN BLEH PECAH...

DAH HAYAT DIA SAMPAI KEMARIN JER NAK BT CAMNA...

DAH MEMANG NAMPAK YG KEMALANGAN TU TERJADI MEMANG TAK DISANGKA2 SEBAB WAKTU KUAR CORNER MEMANG SEMUA PELUMBA AKAN MEMERAH FULL TROTLE.

KALAU DAN TAYAR BELAKANG DAH SLIDING OVER MEMANG SUSAH NAK CONTROL DAN SENANG2 TERBABAS...

KALAU TAK PERNAH RACE BAIK DOK DIAM...

PEJUANG HAMAS,
PELUMBA SUZUKI ONE MAKE RACE KATEGORI SUZUKI RGV 120...

Anonymous said...

Kita jangan menyalahkan sesuatu perkara yang berlaku jika ajal maut telah dituliskan oleh allah. Walau pun apa juga keselamatan kita memberi tumpuan tapi allah maha mengetahui masa dan bila dia akan megambil kemabili dia. sama ada diatas litar atau pun atas perut....

Anonymous said...

Apabila bercakap menggunakan saluran kumbahan pembuangan sisa manusia...inlah jadinya!

Kemalangan di litar perlumbaan adalah lumrah perlumbaan.

Aryton Senna maut dalam kemalangan F1. Walaupun dalam keadaan Dan perlindungan badan Bagai lapis an pun tidak menjanjikan keselamatan 100% kerana factor manusia gagal mengawal kenderaan adalah punca.

ARK2

Sudir said...

Bukan masalah keselamatan litar, yang pelik macamana helmet pelumba boleh tercabut..

Anonymous said...

SUDIR,

helmet tercabut ada 2 faktor iaitu tali helmet tidak dipakai...

lagi satu mungkin terputus akibat momentum hentakan yg teramat kuat...

tali helmet tidak dipakai dengan kemas sebab perlumbaan ni mengambil masa yg lama juga untuk dihabiskan...

untuk keselesaan ramai yg tak pakai tali helmet or longgarkan...

aku tau sebab aku pun tak suka pakai tali helmet time race dulu...

rimas...

pejuang hamas...

Powered by Blogger.