Oct 18, 2011

PANAS... NAJIB AKUI PENERBANGAN MAS TELAH BANKRAP!!?





Langkah kerajaan menggabungkan Penerbangan Malaysia dan Air Asia dibuat setelah memikirkan secara serius dan mendalam terhadap segala kemungkinan dan kesan terbaik yang dapat dihasilkan. “Kami bukan sahaja mahu menyelamatkan Penerbangan Malaysia, tetapi mahu ia terus berkembang maju. Kami juga mahu Air Asia, sebuah produk Malaysia, kekal menjadi pendahulu dalam sektor penerbangan tambang murah,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Sambutan 100 Tahun Penerbangan di Malaysia di Hangar 6, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, pada Isnin. “Yakinlah, kerajaan sentiasa berhati-hati terhadap pelbagai pembangunan yang sedang berlaku dalam industri ini dan kami akan memainkan peranan untuk memastikan sektor ini terus kukuh daripada pelbagai aspek,” katanya. Najib berkata, memandangkan perkembangan dalam industri penerbangan, kerajaan sedar bahawa persekitarannya juga mesti disesuaikan dengan perubahan semasa dan ia juga harus dinamik. Sehubungan itu, katanya kerajaan akan mewujudkan Dasar Penerbangan Nasional komprehensif yang memperincikan segala aspek utama penerbangan, hala tuju, objektif dan strategi masa panjang supaya ia dapat difahami dengan lebih jelas oleh semua pemegang kepentingan dalam bidang penerbangan. Beliau berkata, kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan akan merangka formula dasar berkenaan secepat mungkin. “Saya yakin kementerian telahpun memulakan rundingan dengan beberapa pihak dan kerangka dasar itu akan siap dalam masa terekat. Saya yakin Dasar Penerbangan Nasional akan memberikan lonjakan dalam usaha Malaysia menghadapi masa depan penerbangan yang lebih cerah. Saya berharap dapat mengumumkan dasar ini selepas semua maklumbalas, pandangan dan kebimbangan pemegang kepentingan dipertimbang dan dinilaikan,” katanya. Najib berkata, kerajaan sedar bahawa infrastrutur penerbangan adalah kritikal kepada pembangunan negara dan integrasi global. Katanya, Malaysia telah menikmati faedah daripada hubungan udara yang semakin luas yang secara langsung telah mengembangkan pasaran eksport secara global dan menjana pertumbuhan besar industri pelancongan. Menurutnya, pada tahun lalu, jumlah penumpang di semua lapangan terbang telah meningkat 12 peratus kepada 57 juta. “KLIA sahaja mencatatkan lebih 34 juta pergerakan penumpang, iaitu meningkat 14.8 peratus dari tahun sebelumnya di mana 60 pesawat beroperasi di lapangan terbang yang mempunyai kemudahan bertaraf dunia. Najib berkata pencapaian sektor penerbangan nasional adalah 12.5 kali ganda lebih baik berbanding pencapaian keseluruhan ekonomi negara dari segi pembangunan pelancongan, infrastruktur dan lojistik. Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan lesen kepada 47 pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan penyelenggaraan pesawat. Daripada jumlah itu, 29 adalah anak-anak peneroka FELDA. Laporan Terbaik Agendadaily.





0 comments:

Powered by Blogger.