Oct 1, 2011

ONG TEE KEAT AKUI SOI LEK BERJIWA DAP.. GILA SEKS JAHANAMKAN MCA!!





Nampaknya Bekas Presiden MCA semalam menyedari hakikat Presiden sedia ada, CHUA SOI LEK telah banyak menjahanamkan matlamat dan objektif perjuangan sebenar MCA. Datuk Seri ONG TEE KEAT semalam mengkritik kepimpinan beliau yang banyak membawa pengaruh songsang sehinggakan asas perjuangan MCA kian tersasar. Tee Keat semakin muak dengan pendekatan Soi Lek yang bertindak seolah2 senada dan mengiyakan pandangan politik pembangkang seperti DAP dek kerana mahukan kuasa undi Cina. Tee Keat juga mahu para perwakilan MCA sedar akan penolakan besar masyarakat Cina terhadap Soi Lek akibat masalah moral yang tidak sewajarnya diberi tempat sebaris dengan Pemimpin2 Politik Tanah Air. Malah Tee Keat membalun Soi Lek dan memberi amaran agar tidak terlalu banyak membawa suara sumbang dan menyedari hakikat masalah moral beliau yang menjadi penyebab utama penolakan masyarakat Cina akar umbi terhadap beliau. Tee Keat dengan berani menyeru MCA mengembalikan semula asas perjuangan parti yang jika diperhatikan bukan sahaja tidak senada dengan DAP malah bercanggah serta merta. Soi Lek dilihat telah membawa satu pegangan songsang sebagai seorang pemimpin yang rendah moral dan memecahbelahkan keutuhan Barisan Nasional yang sekian lama dipelihara sejak era kemerdekaan. Soi Lek diseru meletak jawatan bagi menghormati pandangan masyarakat Cina Malaysia khasnya. Pemimpin seperti Soi Lek dilihat lebih serasi bersama DAP. WOW!!






1 comments:

Anonymous said...

dato seri najib pikirkanlah

Powered by Blogger.