Oct 9, 2011

NORAMFAIZUL DIJULANG BINTANG GAGAH PERKASA!!





AL FATIHAH... Nampaknya pengorbanan sahabat media wartawan Jurugambar Bernama Noramfaizul sehingga tergadai nyawanya akhirnya terbalas. Arwah bakal menerima Bintang Gagah Perkasa (BGP) oleh Yang Di Pertua Negeri Melaka, Tun Khalil Yaakob sebagai penghormatan terhadap jasa beliau. Inisiatif yang diberikan oleh Tun Khalil dan Kerajaan Negeri Melaka pimpinan Datuk Seri Mohd Ali Rustam sewajarnya dijadikan contoh buat Negeri2 lain. Melayu CinDia amat bersyukur kerana Noramfaizul tidak hanya tinggal pada nama. Namun, Pingat ini hanyalah 1 simbol anugerah. Tidak akan ada Anugerah yang paling besar buat beliau melainkan doa daripada kesemua rakyat Malaysia. Teruskan berdoa agar roh Noramfaizul dilindungi Allah dan dimasukkan ke dalam syurga kelak. PS : Tiada sebarang niat atau agenda jahat menyiarkan gambar di atas. Ianya sekadar memberi keinsafan buat kita semua, betapa kasih seorang ibu terhadap seorang anak walaupun telah tiada. Al Fatihah.





0 comments:

Powered by Blogger.