Oct 3, 2011

NAJIB PEMBUNUH.. ANWAR SALAHKAN PAS AMAL BUDAYA SETAN!!





"..........ANWAR IBRAHIM ketika mengepalai Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada tahun 1982 hingga 1987 membuat kenyataan amat mengkagumi perjalana politik Naib Ketua Pemuda beliau, Najib Tun Razak yang disifatkan beliau seorang Pemimpin Muda yang berani tampil meneruskan perjuangan politik pada usia muda demi merealisasi inspirasi perjuangan arwah bapa beliau yang meninggal dunia secara mengejut pada ketika itu. Tanpa sebarang asas dan minat, Najib bermula dari bawah dan berdikari menjejaki satu tahap kepimpinan yang lebih dinamik serta berkaliber. Namun Anwar berang dengan sikap beberapa Pemimpin PAS yang bacul menyerang putera sulung Tun Abdul Razak itu yang disifatkan beliau 1 penghinaan terhadap pewaris Perwira Negara. Anwar memberi amaran kepada mana2 Pemimpin PAS agar menghentikan serangan tersebut malah menganggap PAS tidak punyai semangat juang terhadap 3 asas utama yang menjadi nadi kepimpinan Negara iaitu membela Agama, Bangsa dan Negara. PAS dakwa Anwar hanya memperalatkan Agama dengan menampilkan Islam sebuah Agama Ekstrim dan menakutkan sehingga sanggup membuat kenyataan sanggup bermandikan darah demi menentang UMNO. Beliau juga mengakui teruja bekerjasama dengan seorang Pemimpin Muda yang tangkas seperti Najib dan yakin, keserasian beliau bersama Najib bakal menggegar semangat baru Pemuda UMNO Malaysia.........." Ini merupakan kenyataan Anwar setelah setahun memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Puji, lambung malah kagum dengan Najib. Anwar juga jika dirujuk di Arkib Negara pernah menjelaskan pernah membuat kenyataan akan memilih Najib selaku Timbalan Perdana Menteri jika beliau diberi peluang menduduki jawatan No. 1 Negara. Ini orang mahu bercakap soal prinsip? Kini orang ini menyerang pula Najib bermula dengan perkaitan Najib dengan pembunuhan Altantuya tanpa mengemukakan bukti yang nyata lagi jelas. Apa prinsip orang sebegini? Politik Anwar terkeliru, mengeliru dan dikeliru. Inilah dia kaedah perlaksanaan Politic's Principal Of A Jungle. KLIK DI SINI untuk mendapatkan beberapa keping gambar Anwar dan Najib sekitar era Kepimpinan Pemuda UMNO dan Naib Presiden UMNO.





0 comments:

Powered by Blogger.