Oct 31, 2011

"NAJIB PATUT B'SIKAP MAHAFIR'UAN SEPERTI SAYA" - MAHATHIR.





Mantan PM Tun Mahathir mendakwa Dasar Pandang Ke Timur yang dibawa beliau adalah releven dan mampu membawa Malaysia ke Arah Masyarakat yang lebih Maju berbanding Negara2 Barat. Mahathir juga menyedari akan pembawakan Anwar untuk membawa pengaruh Barat di dalam dalam aspek pentadbiran Kerajaan Pusat di bawah pemerintahan beliau ketika dipamerkan beberapa bukti yang berjaya dikumpulkan setelah beberapa tahun Anwar diberikan amanah memegang jawatan Menteri Kewangan. Siasatan ini bermula setelah Mahathir kurang senang dengan tindakan Anwar berhubungan rapat dengan beberapa Pemimpin Barat yang menganggap Mahathir sebagai pengacau dalam segala pelan strategi mereka merompak harta kekayaan beberapa Negara Timur Tengah yang juga merupakan Negara2 Islam. Malah gelaran Mahafir'aun telah kedengaran bermula dari Negara Barat setelah Mahathir didakwa sesuka hati mengeluarkan kata2 kesat terhadap tindak tanduk Yahudi Zionis bertindak kejam ke atas Palestin. Anwar juga bertanggungjawab membawa fitnah menuduh Mahathir bertindak kuku besi mengambil slogan Pandang Ke Timur dengan mengambil cara penjajahan Jepun sebagai inspirasi pentadbiran beliau. Namun hakikatnya, dasar Pandang Ke Timur berjaya membawa Malaysia sebagai sebuah Negara Membangun yang punyai produk yang tersendiri berbanding Negara2 Membangun dan Asia yang lain. Mungkin gelaran Mahafir'aun memakan diri musuh2 beliau dalam dan luar Negara. Mahathir yang memuji pendekatan Najib Tun Razak membawa Slogan dan produk '1Malaysia' mesti bertindak sedemikian dalam membina kekuatan Negara tanpa dihalang musuh dari dalam Negara sendiri. Ini kerana Imej Najib kian tercalar dek kerana fitnah Pengkhianat Negara Anwar Ibrahim yang tidak putus asa terus menerus menjatuhkan imej Negara sehingga berjaya menjajah kembali Pentadbiran Pusat.

LIVE!! - LIPUTAN KHAS BLOG SEMPENA AIDIL ADHA DI MAKKAH KLIK DI SINI.





Powered by Blogger.