Oct 8, 2011

NAJIB BALUN ANWAR - "JGN. AJAR RAKYAT JADI BODOH MCM KAU!!"





Haa... Berani pun PM Najib Tun Razak. Kalau tak, buat bodoh je selalu. Penyabar sangat PM kita ni. Dah dikata macam2 masih nak diamkan diri. Tapi daripada respons dan tindakan Najib itu, rakyat nilailah sendiri. Orang kalau tak buat salah, tak perlu melenting. Tapi kalau sudah buat salah tu, dimaki hamun. Macam Anwar. Ayat dah tak ada tapis dah. Bahlul. Tolol. Bangsat semua terkeluar. Mulut kata "Saya marah sebab prinsip UMNO." Dalam hati kata "Aku marah UMNO sebab bongkar kisah benar moral dan prinsip aku." Tu yang lain macam ceramah dia sejak akhir2 ini. Sudah kekeringan fakta. Bukti memang dari dulu tak ada. Gunakan kemahiran ayat 'manis' dia dalam ceramah sahaja orang sudah terpukau. Yang baru kenal terpukaulah. Yang sudah kenal? Muak, jelak, rasa nak tampar orang tua ini menipu rakyat. Najib hari ini membidas bekas Ketua Pemuda UMNO beliau era 1980an yang memberikan kenyataan balas tanpa sebarang fakta dan tidak logik. Anwar yang sebelum ini mendakwa Kerajaan telah menggunakan perbelanjaan mengatasi pendapatan sebagai 1 kenyataan paling bodoh dan buta huruf. "Jika benar Kerajaan tiada wang, untuk apa saya bentangkan Bajet berjumlah RM232 bilion? Duit ini merupakan hasil Kerajaan yang akan digunakan bagi memberikan keselesaan serta kesejahteraan Rakyat. Najib turut menjelaskan tiada apa yang perlu dijawab mengenai dakwaaan Anwar kerana jika dikaji semula, beliau memberikan bukti melalui Bajet semalam yang jelas menunjukkan Kerajaan mampu menyumbangkan wang dengan jumlah yang besar untuk sebuah Negara seperti Malaysia. "Kaji Negara2 membangun di Dunia. Ada Negara tersebut beri Bajet dengan jumlah sebesar ini? (RM232 billion)." Janganlah berlebihan2 menghina sebuah Kerajaan yang kamu jilat dahulu. Apakah Anwat benar2 jujur dalam setiap penjelasan beliau? Jikalau beliau jujur dan tekad, beliau tidak akan memberontak seperti hari ini dek kerana mahu mendapat simpati politik. Amalan rosak yang Anwar tanam di dalam UMNO 1 ketika dahulu bakal diaplikasi di dalam PAS dan PKR. Tak percaya? Kita tengok nanti.








0 comments:

Powered by Blogger.