Oct 11, 2011

MUJAHID YUSOF BERANI MATI.. "PAS MESTI TERIMA HUDUD TAK RELEVEN!!"






Tindakan terbuka Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw yang mendesak PAS tidak sesekali menanam niat untuk melaksanakan Hukum Hudud dilihat memakan diri parti itu sendiri. PAS ketika menerima kerjasama bersama DAP menanam azam untuk berdakwah agar DAP menerima Hukum Hudud. Akan tetapi, DAP bukan sahaja kekal dengan pendiriannya, malah Puak bukan Islam yang diikhtiraf menyertai PAS sendiri tidak menerima sebarang perlaksanaan Hukum itu. Bagaimana hendak berdakwah dengan sebuah parti yang Anti Hudud, walhal bukan Islam di dalam PAS sendiri menolak Hukum tersebut. Apa sebenarnya Bai'ah atau Ikrar anggota yang dahulunya dipanggil Kelab Penyokong PAS sebelum mengisytiharkan diri menyertai PAS? Nampaknya kelihatan strategi kotor PAS yang kemaruk mahukan pengaruh bukan Islam semakin jelas sehinggakan sanggup menerima ahli yang tidak menerima asas Perjuangan sejak parti ini ditubuhkan. Menyertai PAS bukan hanya sekadar menerima Islam kerana kesemua rakyat Malaysia menerima dan menghormati penganut yang dipegang masing2. Apabila isu ini dibangkitkan, orang yang bertanggungjawab tidak lain tidak bukan, Mujahid Yusof Rawa yang merupakan di antara tulang belakang penubuhan Kelab Penyokong PAS sebelum direstui berada dalam senarai sayap parti. Beberapa Vateran PAS menganggap anak kepada bekas Presiden Yusof Rawa ini bukan sahaja gagal berdakwah dalam menerima perjuangan PAS, malah tidak langsung mengkaji secara terperinci sejauhmana penerimaan Ahli Dewan Bukan Islam ini berdaftar sebagai anggota PAS. Bukan itu sahaja, secara tiba2 ianya diikhtiraf sebagai salah sebuah sayap parti. "Kalau macam tu, sampai kiamat lah Hukum Hudud tidak akan dapat dilaksanakan. Kerana bantahan keras dari salah satu sayap parti. Ternyata Mujahid Yusof Rawa hanya sekadar omong kosong tidak serius dalam mengatur staategi politik. Hanya yang jelas kelihatan, populati. Oleh itu, beberapa Vateran PAS mendesak agar Mesyuarat Majlis Syura akan memanggil wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS bagi memberi keterangan berkenaan Hukum Hudud. Jika ianya gagal, mereka mendesak agar 1 Mesyuarat Khas diadakan bagi membubar Dewan Himpunan ini kerana ia bukan sahaja tidak releven asas perjuangan parti, malah ianya juga akan terus menyekat usaha PAS melaksanakannya waimah apa jua sekalipun. Mujahid juga kata mereka telah bersubahat dan tidak integrasi dalam berdakwah tatkala kita diburu musuh. "Sidahah lah bekerjasama dengan DAP yang jelas sehingga kini menentang Hudud. Kini orang PAS pulak tu benci perlaksanaan Hukum ini. Dakwah apa?





1 comments:

Adi Kencana said...

Agen DAP je semua ni. Perjuangan nak buat Negara Islam pun dah digugurkan, tiba2 kecoh nak buat hudud konon...

NURUL IZZAH: ANTARA BAZARIA PANTAI & BAZAR TOK GURU. Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Powered by Blogger.