Oct 13, 2011

MAHATHIR HINA INDUSTRI FILEM NEGARA!!?





Tidak memberi manfaat dan budaya tidak sihat. Itu pandangan Mahathir apabila diasak berkenaan lambakan pengeluaran filem2 tempatan berbentuk seram. Beliau yang juga bekas PM merasakan industri filem Negara perlu mengurangkan genre filem Seram yang tidak membawa sebarang faedah malah lebih terjerumus ke arah kepercayaan karut. Sebenarnya memang benar kata Tun M. Filem seram sebenarnya tidak salah disenaraikan dalam pengeluaran Industri produk filem Negara. Namun, jalan cerita yang tidak profesional dan lambakan pengeluarannnya yang mesti diperbetulkan. Apabila kita lihat filem2 keluaran Luar Negara, buah fikiran mereka lebih bijak dan mesej yang disampaikan membuatkan si penonton lebih banyak berfikir. Ada kalanya filem yang dikeluarkan tidak menelan belanja yang besar. Akan tetapi plot cerita filem tersebut mendapat pengikhtirafan sehingga ke peringkat Antarabangsa. Lihat sahaja filem2 Yasmin Ahmad. Arwah Yasmin sering dikritik di dalam Negara kerana filemnya banyak mencetuskan kontroversi seperti Bilal Masjid memegang anjing di dalam filemnya bertajuk Gubra. Namun di peringkat Asia dan Antarabangsa Filem ini dijulang sebagai filem berkualiti. Agaknya mentaliti majoriti rakyat Malaysia masih cetek. Jangan marah, Sekadar memberi pandangan ikhlas.






3 comments:

SiamangBukit said...

Apa yang dmaksudkan oleh TDM ialah buat filem seram boleh tapi jangan lah melampau2 sangat. Semua nak buat filem mesti la ni filem hantu.
Buat lah filem lain pulak. Lama kelamaan tak takut hantulah bebudak ini. Tapi Hantu pulak takut dengan bebudak,

Anonymous said...

begitulah tun..sentiasa konsisten dlm memberi pandangan. dan sentiasa berani memberi teguran. sangat tajam pemikirannya.

Anonymous said...

kami doakan kesejahteraan buat tun..tak sanggup rasanya kehilangan tokoh sperti tun yg terlalu banyak jasanya buat kita semua.. dan kita semua ptt mengikut jejak tun yg mana kita jga harus berani menyatakan kebenaran..

Powered by Blogger.