Oct 2, 2011

KUMPULAN BLOGGER PRO PAS ISYTIHAR BOIKOT ANWAR!!?





Nampaknya kebanyakan blogger Pro PAS sudah tak tahan nak pertahankan kepimpinan Anwar Ibrahim di dalam Pakatan. Banyak isu yang terpaksa mereka dijadikan kambing hitam untuk back up Ketua Pembangkang tersebut walaupun hakikatnya mereka sudah merasa musykil dengan status prinsip dan moral beliau. Semalam beberapa blog melepaskan rasa geram mereka dengan menggunakan gambar di atas sebagai bahan kecaman. Mereka membalun Anwar yang membuat penyokong2 fanatik beliau memuja Anwar bak seorang Hamba Abdi. Gaya salam salah seorang Penyokong Anwar ini dijadikan isu. Anwar pada pandangan mereka tidak sewajarnya perlu membiarkan penyokong2 mereka bersalam sambil mencium tangan dengan gaya yang begitu 'mengasyikkan'. Ini juga mencabar krelibiliti dan kepimpinan Anwar yang dahulu digelar Perwira Rakyat. Apa relevennya isu ini diperbesar2 kan? Atau ada 'point' lain yang hendak dibalun akan tetapi disekat 'BOS' mereka? Anwar memang suka dipuja sebegini. Takkan tak tahu. Tabiat ini beliau amalkan sejak bergiat aktif di dalam ABIM lagi. Beliau suka dipuja, suka memperlihatkan dirinya seorang 'Raja' yang dihormati. Kalau boleh Anwar nak suruh penyokog2 fanatik beliau pikul dan julang dia dari rumah sampai ke mahkamah. Tak payah naik kereta pun tak apa. Tu la. Dok puja orang macam ni. Sekarang baru nak balun. Ke Anwar tak bagi 'komisyen' bulan ni kat korang? Ehem...






0 comments:

Powered by Blogger.