Oct 10, 2011

ISU JAIS... KHALID SAMAD HINA SULTAN SELANGOR!!?





Isu Murtad dan kejadian di DUMC yang disabitkan pihak JAIS disokong sepenuhnya Sultan Selangor yang disifatkan Baginda sebagai tindakan yang penuh bertanggungjawab dalam memelihara kedaulatan dan maruah Ummah. Keputusan yang diberikan pihak Sultan merupakan 1 kejayaan buat Hasan Ali yang berjuang mempertahankan tindakan pihak JAIS. Yang bengkak lagi jelak, sudah tentu Khalid Samad. Beliau yang sebelum ini tidak menyokong usaha JAIS sudah pasti tidak berpuas hati dengan keputusan yang dititahkan Sultan. Walhal beberapa propaganda dan publisiti meluas terhadap MP Shah Alam ini dilakukan dengan penuh biadap tanpa menggunakan saluran sewajarnya. Isu yang sepatutnya diwakili Hasan Ali selaku Exco Agama dicantas begitu sahaja. Alangkah malunya Khalid Gereja ini, setelah liputan Sidang Media hampir setiap hari beliau aturkan, keputusan Sultan memakan diri beliau. Syabas Baginda Sultan Selangor. Ternyata Tuanku tahu apa yang berlaku dalam pergolakan, konspirasi dan permainan politik Pakatan Selangor. Hasan Ali yang memilih mendiamkan diri akhirnya bersyukur dengan keputusan ini. Memang betul kata orang, diam adalah pintar. Buat Khalid Samad, usahlah berangan hendak menjadi Exco apatah lagi MB Selangor selepas PRU13, kerana kamu kini sedang diperhatikan Sultan. Kamu bakal tersingkit kerana tindakan kamu ini membangkitkan kemarahan Penduduk2 Islam di Selangor.







0 comments:

Powered by Blogger.