Oct 19, 2011

ISMAIL SABRI UMUM HARGA BARANG KAWALAN NAIK!!?





Akhirnya Datuk Seri Ismail Sabri tampil memberi keterangan mengenai Isu Harga Barang yang dinaikkan beberapa pembekal yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barang keperluan terutamanya Harga Barang Kawalan sesuka hati tanpa merujuk sebut harga yang ditetapkan. Buat rakyat Malaysia, Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan akan menguatkuasakan Skim kawalan harga musim perayaan Deepavali yang akan disambut pada 26 Oktober. Skim kawalan harga akan dikuatkuasakan bermula pada 21 Oktober hingga 30 Oktober. Skim Kawalan Harga Barang ini diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia dan tidak ada mana2 Negara di peringkat Asia waimah di peringkat Antarabangsa sekalipun menggunakan Sistem yang diperkenalkan Kementerian ini. Skim ini memberi jaminan akan memberi keuntungan kepada Pembekal dan Pemborong di samping memberi keupayaan buat pembeli2 di Negara ini untuk membeli barang2 keperluan dengan kadar yang lebih berpatutan. Ianya juga sebagai amaran buat sebilangan Pembekal Utama Barangan Keperluan seperti Ayam dan Ikan agar tunduk dan akur dengan Sistem baru ini atau Perniagaan mereka bakal berdepan dengan tindakan tegas dari pihak Kementerian. Ismail Sabri berkata demikian semasa Sidang Akhbar di Parlimen baru2 ini.





0 comments:

Powered by Blogger.