HARON DIN KATA POLITIK KHALID SAMAD BAWA BUDAYA MUNAFIQ!!

Timbalan Mursyidul Am PAS, Prof. Datuk Dr. Haron Din mahu kesemua Pemimpin PAS yang didakwa Pro Sekular agar menghentikan serta merta niat 'baik' mereka untuk meliberalkan dakwah Islam PAS. Liberalisasi yang dibawa puak berhaluan kiri PAS ini dilihat semakin mencemar imej dan maruah Parti tersebut dengan mengambil sikap keterbukaan yang melampau sehinggakan Perjuagan parti sendiri dipijak parti kawan makan lawan. Penentangan keras beberapa Pemimpin PAS terhadap Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) misalannya adalah 1 pendirian yang terpesong dari perjuangan parti yang sememangnya mahu akidah diletakkan sebagai landasan utama dalam perjuangan parti. "Tidak salah jika tidak mahu hadir ke Perjuangan itu. Akan tetapi menentang HIMPUN pada tahap yang melampau adalah salah kerana jelas matlamat utama HIMPUN adalah bagi mempertahankan kekuatan akidah ummah. Perkara ini mesti diperbetulkan kerana dikhuatiri akan memesongkan akidah penyokong2 Parti. Dalah erti kata lain, tidak seharusnya pihak mereka ini berkempen memboikot Perhimpunan sedemikian." Itu dakwa salah seorang anak murid Haron Din yang turut menjelaskan Pengasas Darul Syifa' itu turut kecewa dengan tindakan Pemimpin2 tersebut. Beliau merujuk tindakan Khalid Samad yang bersikap melampaui batasan kuasa politik sehinggakan menafikan dakwah yang membawa kebaikan kepada umat Islam. "Jangan pula disebabkan HIMPUN turut disertai Kumpulan yang tidak seteru dengan PAS, kita terus beranggapan HIMPUN 1 program yang tidak sihat. Yang salah kita kritik. Yang benar kita sokong dan pertahankan. Tidak kira ianya berkaitan ideologi politik ataupun sebaliknya. HIMPUN telah terbukti tidak menyebabkan berlakunya kekacauan malah berakhir dengan baik. Ini bermakna persepsi puak2 ini ternyata salah dan PAS sewajarnya tidak punyai masalah untuk turut bersama dalam Perhimpunan tersebut di masa akan datang." Menurut beliau yang juga bergiat aktif di dalam PAS Kawasan, puak2 Pro Sekular di dalam PAS dilihat terlalu menjaga kepentingan kerjasama Pakatan sehinggakan sanggup mengenepikan prinsip perjuangan Parti. Bagi beliau, kerjasama Pakatan tidak salah malah 1 strategi positif, namun dalam mengutarakan isu berkenaan Prinsip Perjuangan Islam, ianya tiada tolak ansur dan ketegasan mesti digunakan bagi memperlihatkan ketelusan dan konsisten dalam PAS. Haron Din juga katanya amat khuatif dengan perkembangan mutakhir politik dalaman Parti yang semakin berkecamuk dan tidak terkawal dalam mengejar kuasa mengatasi rujukan Piagam PAS. Khalid Samad sebelum ini dikatakan bakal mengepalai desakan agar seteru beliau di dalam PAS, Dr. Hasan Ali diambil tindakan oleh Jawankuasa Tertinggi Pakatan atas tindakan beliau menyertai HIMPUN yang menunjukkan rasa tidak hormat dengan pendirian Gabungan tersebut.






10 comments:

Anonymous said...

kalau nak tentang kafir kita kena lanyak kaum munafik dulu...

sendiri mau ingat la...

pejuang hamas...

Anonymous said...

betul tu munafik lebih bahaya dari kafir terang terangan kerana ia bergerak dalam kumpulan muslim untuk membenamkan orang muslim.

Anonymous said...

Setuju, bro..!

Jom..!!

Anonymous said...

Pertama kita kena londehkan pemimpin berfahaman Pluralisam yg menjadi ikutan mereka.Kuburkan keparcayaan rakyat terhadap pemimpin ini dan selamatkan rakyat dari terus tertipu oleh lakunan nya yg cukup berkesan.

Kedua kena ketepikan Tok Garu yg suka mereka-reka 'fatwa' bagi membenarkan pihak mereka.Mislanya tuhan mencarut,tuhan samseng,ayat Quraan semuanya politik,sembahayang juga demo.Cakap-cakap begini,menjadikan umat keliru,sedangkan sejak dari zaman nabi dan di mana-mana pelusuk dunia pun tidak ada ulamak sebenar menyebutnya begitu,tapi ulamak politik tok garu sanggup mengeluarkan ungkapan seperti itu.

Ketiga ,kita nyahkan gulungan 'munafik' itu keluar dari parti yg memperjuangkan Islam.Kerana ianya akan memberi kekuatan kepada musuh Islam selagi mereka ada dan memecahbelahkan parti dari dalam.Hujah-hujah mereka memang sedap di dengar terutamanya oleh musuh Islam,dan ini menjadikan musuh Islam tersebut meminta peha selepas di beri betis,kerana berpegang kepada Islam itu tolak ansur kononnya yg di war-warkan oleh gulungan 'munafik' tersebut.

jo said...

Setuju Brother!..kita henyahkan kumpulan munafik tu..termasuk kumpulan Khalid samad dan anw

Anonymous said...

nama pas sendiri dah hancing, busuk dan berulat jd kuburkan saja dan naikkan jamaah baru yg lebih suci dgn nama yg lebih universal berbanding dgn PARTI ISLAM SEMALAYSIA yg hanya utk malaysia saja.......

Anonymous said...

PAS sudah jauh ketinggalan dlm memperjuangkan Islam, malah lebih parah lagi berundur ke belakang setelah menggugurkan perjuangan Islam dan membawa kembali negara berkebajikan...amat jelas PAS mngamalkan fahaman ASSOBIYYAH...yg terang2 menghancurkan perpaduan umat islam lain di negara ini, salah satu bentuk KEZALIMAN...perpaduan Islam di negara ini bertambah parah dengan mencipta Fatwa2 Iblis dan syaitan...ke arah menghancurkan umat lain semata2 mahu menegakan umat yg satu lagi adalah gambaran KEZALIMAN oleh penmimpin2 PAS menurut hadis dan sunnah...

Anonymous said...

PAS selalu salahkan UMNO bila memperjuangkan MELAYU seakan-akan tidak pernah mengerti bahawasanya di dalam perlembagaan apabila disebut sebagai MELAYU tentunya seseorang itu beragama ISLAM. JADI SUDAH TENTULAH DI MALAYSIA NI ORANG MELAYU YANG AKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM.KALAU KITA KE ARAB, SIAPA YANG MEMBAWA ISLAM? TENTU SAHAJA BANGSA ARAB. DAN KALAU KITA KE INDIA, SIAPA YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DI SANA? TENTUNYA DARI KALANGAN BANGSA INDIA. SAMALAH JUGA SITUASI DI MALAYSIA. SUDAH TENTULAH ORANG MELAYU YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM. MASAKAN PULA KHALIFA LIM GUAN ENG??? SENDIRI MAU INGAT

manbillion said...

jika selama ini heboh diperkatakan ujud 2 puak didalam pas, kini bukan andaian lagi apabila dato harun din sendiri umpama mengiakan ujud puak sekular yang cuba menjadi jago. puak ini sebenarnya akan menjadikan
PAS terpesong jauh dari matlamat perjuang yang asal iaitu memertabatkan islam dibumi kita ini. puak ini harus disingkirkan terus dari PAS. puak ini amat memusuhi parti pemerintah, yang mana jika dibiarkan boleh memjadi konflik kepartian yang sirius. jangan terperanjat jika ujud puak umpama hamas dan fatah di plastin, puak2 yang langsung tidak mahu bersatu walaupun negara terancam. ancaman pasti akan datang dari kalangan parti pemerintah ( BN ), mahupun pakatan PAS, PKR, dan DAPig. jangan di cari kesalahan, kerana manusia tidak berhenti dari melakukan kesalahan.

Anonymous said...

Salam semua, membaca posting anda semua, ternyata tahaf pelajaran anda setakat mana. Hahahaha..Utusan, Berita Harian, TV3 TV2 TV1 adalah sumber sahih kalian semua...hahaha...kesian....yelah . Teringat aku pada seorang hamba Allah, yg berkata Boleh ke..dema memerintah? dema mana ada duit, dema mana ada pulih, dema mana ada asko, dema mana ada pejabat pendaftaran, dema mana ada income tax hahaa..habih dema nak taruk cek egu kat mane....hahahaha..cuma yang membezakan kalian dengan kawan aku tu adalah emmmm..tak..tak..kalian dgan kwan aku tu seruphaa jer...kakakah

Best Blogspot Templates 2013