Oct 3, 2011

HAPUS KUOTA MELAYU.. STRATEGI NAJIB TARIK DAP MASUK BN!!?





Haaa... Sekarang Agen Psywar Pembangkang sudah mulakan Gerakan Tawan Malaysia PRU13. Mukadimah serangan nampaknya agak panas. Mereka sudah mula menyebarkan maklumat PM Najib Tun Razak mengumumkan Penghapusan Kuota Melayu 30% yang sebelum ini menjadi impian DAP apabila menawan Negara. Ramai masyarakat terpengaruh dengan sebaran maklumat berkenaan dan ianya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap persepsi kepimpinan Najib. Syabas Pakatan. Serangan Mukadimah anda berjaya. Akan tetapi sayangnya ianya penipuan semata2. Misi pertama berjaya sekadar seketika. Najib dengan pantas menjawab isu tersebut. Dengan tenang beliau menjawab ianya penipuan dan serangan politik PAS dan PKR yang semakin kemaruk mahukan sokongan Melayu yang semakin berkurangan. ''Saya kata, jangan terlalu bersandarkan kepada kuota, peniaga bumiputera mesti lebih berdikari dan sanggup berusaha untuk bersaing dengan orang lain. Dalam kata lain, ia akan menjadikan masyarakat bumiputera khususnya peniaga akan lebih dihormati. Tapi, saya tidak sebut sama sekali kuota itu akan dimansuhkan. Ianya kekal. Saya masih waras dan mahu Bangsa saya berjaya. Tapi terlalu bergantung kepada kuota semata2 menyebabkan Bangsa kita semakin malas." Najib menjawab isu ini semasa Sidang Media selepas Mesyuarat MT UMNO baru2 ini. Serangan ini sememangnya telah dirancang rapi bagi dan maklumat palsu ini disebarkan sepantas kilat. Namun jika ianya fitnah, akhirnya akan terbongkar juga. Melayu CinDia meminta pembaca mencetak dan menyebarkan isu sebenar kenyataan Najib kerana dikatakan ianya tersebut sehingga ke kawasan2 pendalaman dan juga kampung. Menurut sumber, mereka juga membuat serangan susulan dengan menjadikan MCA sebagai label menyokong usaha Najib menghapuskan kuota Melayu. Ini sebagai salah 1 usaha menjatuhkan Najib sebagai Pemimpin No. 1 Negara agar memperlihatkan Seruan Konsep 1Malaysia yang diilhamkan Najib memberi liabiliti kepada kaum Bumiputera malah membelakangi perjuangan UMNO. Jangan mudah terperdaya. Psywar PRU13 Pembangkang sudah bermula. Bersiap sedia dengan serangan kedua. Teringat keputusan Kabinet pada era pemerintahan Tun M yang membuat keputusan menghapuskan Kuota kemasukan IPTA bagi golongan Bumiputera. Tindakan tersebut dibuat kerana Mahathir semakin khuatir dengan Orang Melayu yang semakin malas dan terlalu dimanjakan dengan 'subsidi' yang diberikan. Akan tetapi, kejayaan tetap dikuasai bangsa Cina yang tiada siapa menafikan sikap rajin dan tekun merupakan kunci kejayaan bangsa ini mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Salah siapa sekarang? Siapa tidak mahukan hak keistimewaan? Mana2 Bangsa di Dunia mahukan hak keistimewaan ini di Negara masing2. Tetapi di Malaysia, ianya menjadi hak milik Bangsa Melayu dan kaum peribumi Sabah Sarawak. Jangan jadikan ia jalan mudah. Jangan jadikan ia sebagai jambatan emas sehingga tiada usaha untuk lebih berdikari dan lebih tekun memajukan Bangsa. Kelak, emas ini bakal "dijual". Mereka yang punyai wang sahaja mampu "membelinya". Perang masa kini bukan menggunakan senjata pemusnah. Bukan lagi menggunakan keris mahupun pedang samurai. Akan tetapi perang masa kini menggunakan minda. Perang akademik. Perang ekonomi waimah Perang Politik masa kini tidak lagi bergantung kepada jumlah senjata yang ada. Akan tetapi bergantung kepada jumlah golongan akademik yang mampu menjana penguasaan sesuatu bidang. Minda yang pintar mampu membimbing ke arah kejayaan. Dan minda yang pintar juga mampu meracun akal fikiran masyarakat. Jangan malas.. Kerana apabila bangsa kita tumbang, janganlah memberontak bak wanita gila morian kematian anak dalam kandungan. Kerana kita lupa, Melayu Mudah Lupa.










0 comments:

Powered by Blogger.