Oct 20, 2011

GANTUNG TUGAS UIA.. PROF. AZIZ BASI NAK JUMPA SULTAN SELANGOR!!?





Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung tugas Prof Dr Abdul Aziz Bari sehingga siasatan ke atas beliau diselesaikan, berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor minggu lalu. Perkara itu terkandung dalam surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada beliau petang semalam. Dalam pada itu, peguamnya Dr Dzulkarnain Lukman mengesahkan bahawa selain digantung tugas, Aziz juga dilarang berada di UIA dan berhubung dengan mana-mana kakitangan dan mana-mana pihak yang ada kepentingan dengan universiti itu. “Berdasarkan surat tunjuk sebab, syarat-syarat ini dikenakan sehingga inkuiri selesai dijalankan,” kata beliau sambil menambah Aziz dikenakan tuduhan mengeluarkan satu kenyataan, yang dibawa oleh portal MalaysiaKini, didakwa telah memudaratkan nama baik dasar UIA. Tuduhan itu dikenakan di bawah Perkara 15(1) Peraturan-peraturan Disiplin Universiti. “Saya difahamkan ini kali ketiga Prof Aziz Bari diberikan surat tunjuk sebab,” kata Dzulkarnain lagi. Bagaimanapun difahamkan ini kali pertama beliau dilarang menjejaki kaki di kampus UIA. “Dua surat sebelum ini, Prof Aziz Bari sendiri yang jawab, jadi saya tidak pasti sama ada digantung tugas atas tidak,” kata peguam itu yang semalam mengiringi pakar perlembagaan itu ketika disoal siasat oleh polis di bawah Akta Hasutan di Shah Alam. Menurut Dzulkarnain, pensyarah itu diberi tempoh sehingga pukul 4 petang 25 Oktober ini untuk menjawab surat tunjuk sebab dikeluarkan semalam. “Prof Aziz akan menjawab surat tunjuk sebab dalam waktu terdekat,” kata beliau lagi. Semalam, polis memulakan siasatan ke atas Aziz mengikut Akta Hasutan berikutan laporan pemimpin Umno Senator Ezam Mohd Nor pada 13 Oktober lalu. Difahamkan sekurang-kurangnya lima laporan polis dibuat berhubung perkara yang sama. Isnin lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyoal siasat Aziz. Malaysian Insider




9 comments:

Anonymous said...

Kali ini boleh la dia masuk politik sepenuh masa,sepatutnya dah lama beliau dipecat kerana selulu menjadi jurucakap pmbangkang....

Anonymous said...

PAS itu LEMBU itu PAS.

Anonymous said...

Gantung buat ape... Buang terus jee..

Anonymous said...

Dr. Asri tulis dlm Malaysiakini tindakan UIA sbg tindakan mengampu.Kenapa Dr. Asri senyap je dlm kes di UNISEL? Yg kedua, tolong sebarkan Dr. Asri sebenarnya tak layak untuk pergi ke Oxford kerana bertentangan peruntukan perbekalan cuti perkhidmatan awam. Bukan cuti penyelidikan, bukan cuti sabatikal dan bukan juga pertukaran perkhidmatan. Bagaimanapun, beliau telah dibenarkan oleh USM untuk ke Oxford selama 10 bulan & bergaji penuh kerana campurtangan oleh bekas VC USM. Prof. Dzulkifli Razak. Pensyarah2 lain yg mendapat tawaran yg sama tidak dibenarkan oleh USM untuk pergi tetapi Dr. Asri dibenarkan kerana 'kabel' besar beliau ikut pintu belakang dgn VC USM dan VIP. Dr. Asri ni sangat hipokrit...dia lagi Pengampu Besar! Ni bukan fitnah..kalau tak percaya siasatlaj sendiri..dia pergi Oxford atas peruntukan cuti apa?

Staf USM

Anonymous said...

contoh terbaik Negara kuku besi...pandangan rakyat..teguran rakyat tidak langsung didengar walaupun dari pakar2 akademik...tegur dan buat kenyataan jer terus digantung tugas...sampai mamposlah Malaysia x kan maju...jadilah negara two way communication..Sekurang2 nya teliti dan periksa pandangan rakyat.Tp rasanya Sultan brfikiran terbuka terhadap rakyatnya..tp rasanya kaki pengampu,bodek bnyk sgt..tu yg sampai kena gantung tugas.

Anonymous said...

Anon yg atas ni. Sian axiz burit tu. Tapi pada pandangan aku . Biaq pi mampos la ly aziz beruk. Padan ngan muka kau. You desrved it.

Anonymous said...

Tindakan UIA terhadap Prof Dr Aziz Bari yang tidak mencerminkan "kecemerlangan & integriti akademik menara gading" dan mempamirkan "kejumudan akliah & kebaculan jiwa" para ahli akademik pengampu pihak berkuasa!

Tindakan undemocratic & desperado universiti ini, menambahkan lagi bukti2 kediktatoran UMNO selepas melacurkan intitusi polis, spr, sprm, mahkamah, jpn, dll....... kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN semakin menjunan dan membilang hari .. kecuali para pengampu & kroni elit UBN saja yang masih 'polish' kekuatan UBN bagi mengaburi PM & pembesar2nya ...

-anakmelayumerdeka-

aku said...

anon, Thursday, October 20, 2011

contoh terbaik Negara kuku besi...pandangan rakyat..teguran rakyat tidak langsung didengar walaupun dari pakar2 akademik...tegur dan buat kenyataan jer terus digantung tugas...
===================================
ish...sbb ni ja...teruih label negara ni kuku besi ka..?

tang mana pakar akademik nya 'teguran' dia tu...?

bila masa plak sbb kenyataan punyer pasal...dia teruih kena gantung...?
===================================
sampai mamposlah Malaysia x kan maju...jadilah negara two way communication..Sekurang2 nya teliti dan periksa pandangan rakyat.
===================================
tang mana yang bukan 'two way communication' tu...Klinik Satu Malaysia?. Menu Satu Malaysia? Kedai Satu Malaysia? pengasingan RON 95 dan RON 97 untuk golongan mampu...kureng mampu...buat2 tak mampu..? bla bla bla...
===================================
Tp rasanya Sultan brfikiran terbuka terhadap rakyatnya..tp rasanya kaki pengampu,bodek bnyk sgt..tu yg sampai kena gantung tugas.
===================================
nak open minded tang mana..? tang pesongkan akidah umat Islam ka..? atau tang pecahbelahkan ummah..?

gilerrrr biolll!

aku said...

anakmelayumerdeka, Friday, October 21, 2011

Tindakan UIA terhadap Prof Dr Aziz Bari yang tidak mencerminkan "kecemerlangan & integriti akademik menara gading" dan mempamirkan "kejumudan akliah & kebaculan jiwa" para ahli akademik pengampu pihak berkuasa!
===================================

tang mana yang ilmiah nya...? kalau takat gunakan 'bahasa' politik semata...? kenapa tak diusulkan ja kat dewan undangan negeri ka..? dewan rakyat ka...? bla bla bla...

==================================
Tindakan undemocratic & desperado universiti ini, menambahkan lagi bukti2 kediktatoran UMNO selepas melacurkan intitusi polis, spr, sprm, mahkamah, jpn, dll.......
==================================
tak demokratik dan terdesak tang mana...? tang si anwar tangguh2kan kes ka...? tang kafir harbi DAP bercakap ikut suker tekak depa ka..? tang DUMC nak 'murtadkan' umat Islam ka..? bla bla bla....

aik...da UMNO plak diktator...?tang mana yang 'diktator' UMNO tu..? tang pelihara akidah umat Islam..? tang beri bantuan kebajikan rakyat..? tang pertahankan kedamaian? bla bla bla...
==================================
kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO/BN semakin menjunan dan membilang hari .. kecuali para pengampu & kroni elit UBN saja yang masih 'polish' kekuatan UBN bagi mengaburi PM & pembesar2nya ...
===================================

hang da buat kajiselidik secara profesional...dan ilmiah ka..?

sapa yang kabur....? sapa yang kaburi..?

gilerrrr biollll!

Powered by Blogger.