Oct 16, 2011

BONGKAR!! TSU KOON KERAP TEMUI GUAN ENG.. BAKAL SERTAI DAP!!?





Kelihatan sebahagian daripada Kepimpinan Parti Gerakan tidak dapat menerima Pemimpin No. 1 parti tersebut iaitu Tan Sri Dr. Tsu Koon. Semalam Jawatankuasa Wanita Gerakan diketuai Ketuanya mendesak agar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tersebut meletak jawatan dan tidak dipilih sebagai calon wakil rakyat mewakili parti tersebut pada PRU 13 kelak. Mereka menganggap Tsu Koon tidak lagi berfungsi dalam menyumbang apa2 jua aspek di dalam kepimpinan malah lebih membawa liabiliti kepada parti. Tsu Koon juga didakwa menjadi punca utama kekalahan besar Parti Gerakan di kesemua DUN Pulau Pinang pada PRU 12 yang lalu. Mereka juga menganggap perlantikan beliau di dalam Kabinet langsung tidak berfungsi akan tetapi lebih memilih untuk menyelamat politik peribadi. Ada juga beberapa kepimpinan peringkat Negeri Pulau Mutiara itu membongkar Tsu Koon telah beberapa kali menemui Ketua Menteri Negeri tersebut yang juga merupakan S/U Agung DAP, Lim Guan Eng bagi membincangkan agenda masa depan politik peribadi beliau jika ditolak akar umbi kelak. Tindakan ini jelas menampakkan ketidaktelusan beliau terhadap parti malah mencabar kepercayaan PM Najib Tun Razak yang masih memberi ruang kepada beliau untuk memegang jawatan Kabinet. Nampaknya akar umbi telah memberontak. Adakah PM masih lagi mahu meneruskan khidmat yang tidak kelihatan daripada seorang pemimpin yang kini tidak jelas sumbangannya melalui Kementerian yang disandang beliau?





1 comments:

Anonymous said...

ini mangkuk sukun patut dah lama dah terajang keluar.....masih dok simpan lg barua ni....aku mmg tak suka bangsa ni......ckp terang2 jer senang......cina sama melayu cara politik mereka lain,melayu kasi bunuh sama melayu.cina walau berlainan politik tp untuk bangsa cina boleh kompromi.......lu pk lah sendiri

Powered by Blogger.