Oct 5, 2011

BINCANG SULIT.. NAJIB BAKAL LAKSANA HUKUM HUDUD TAHUN INI!!?





"Permansuhan Akta ini adalah Mukadimah dengan mengambil semangat rujukan maqasid syariah dan prinsip usul fekah bahawa perkara yang yakin itu tidak akan diselindungi yang syak." Itu merupakan antara sebab utama PM Najib Tun Razak mengumumkan Permansuhan Akta Tahanan Kediaman Sementara. Beliau dilihat semakin membuat keputusan yang berani memansuhkan Akta2 yang sekian lama dikekalkan. Melayu CinDia agak tertarik dengan ungkapan yang beliau perjelaskan dengan merujuk pinsip usul Syariah dan Fekah. Namun apakah relevennya diselitkan kedua2 elemen tersebut? Ada beberapa sumber mendakwa, Najib kini kerap menemui beberapa tokoh ilmuan Syariah bagi meminta pandangan mengenai Dasar Perlaksanaan Hukum Hudud. Dikatakan permansuhan ini merupakan salah satu langkah pertama ke arah merealisasikan ke arah memertabatkan Perundangan Syariah. PAS yang sebelum ini mengisytihar Perang terhadap UMNO kerana tidak melaksanakan Hukum Hudud ketakutan seketika kerana orang yang mereka gelar Anti Hudud sedang merancang ke arah tersebut. Malah Pembangkang agak kurang senang dengan tindakan Najib memansuhkan akta2 yang boleh dijadikan modal kempen PRU13 kelak. Perubahan yang dibawa Najib ini menyebabkan Pembangkang tiada pilihan lain selain merendah2 kan status Moral Peribadi Najib.





0 comments:

Powered by Blogger.