Oct 8, 2011

BAJET 2012.. MUHYIDDIN AKUI SOKONG PANDANGAN ANWAR!!?





Bajet Pilihanraya.... Itulah 'Dialog Drama' yang akan digunakan Pembangkang acap kali Bajet dibentangkan pada tahun berdekatan Pilihanraya. Macam dah tak ada dialog lain. Menjadi kemestian ianya digunakan sebagai alasan hendak memburukkan Kerajaan. Dari zaman merdeka, sehingga bergabung di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU), kemudian berpecah, bergabung semula di bawah Barisan Alternatif. Kemudian rebrand lagi dengan nama Pakatan Rakyat. Itu sahaja dialog yang digunakan. Cuma kali ini canggih sikit. Ada ungkapan2 yang sedap apabila didengar, akan tetapi orang yang bercakap itu lupa Ekonomi Malaysia jatuh merudum ketika orang itu memegang jawatan Menteri Kewangan. Siapa lagi kalau bukan Anwar. Cakap gebang. Cakap macam bagus. Siap bongkak dan puji diri sendiri. Kata zaman dia Menteri Kewangan yang terbaik sejak Malaysia dijajah lagi. Dia seorang je yang puji. Pemimpin2 PAS dan DAP tak pula puji sama. Sudahlah tu. TPM Muhyiddin Yassin bertindak positif menangkis pandangan puak2 Pembangkang yang tak habis2 nak balun. Malah Muhyiddin kata tak perlu hendak menjawab pandangan mereka yang menggunakan 'dialog' setiap kali bajet dibentangkan. Tan Sri, itulah kerja Pembangkang. Balun. BN kan Ahli Neraka. Mana boleh ahli Neraka dipuji. Kena maki sahajalah. Pakatan.. Pakatan... Kamu cubalah buka sikit hati dan minda yang semakin kotor dek kerana kemaruk hendak rampas kuasa. Jangan dok dengar kata Anwar tu sangat. Hadi Awang baru puji sikit sahaja, daahh, Anwar bukan sahaja melenting, diarahkan pula puak2 PAS Pro dia turut melenting dengan kenyataan positif Hadi Awang itu. Yang buruk tetap buruk. Tapi Hadi Awang kata dia makin tertekan apabila terpaksa bagi respons buruk walaupun ianya mendatangkan kebaikan kepada rakyat. Hiduplah kamu dengan drama. Hiduplah dengan penuh kepura2 an. Kerana orang2 sebegini tidak jujur sesama mereka. Bagaimana hendak bercakap soal jujur pada rakyat?






Powered by Blogger.