Oct 1, 2011

"ALA.. BUAT BODOH JE DGN. NIK AZIZ TU.. DIA DA NYANYUK.." - KHALID SAMAD!!?





Ramai di kalangan Pemimpin PAS berhaluan sekular atau pernah sinonim dengan gelaran Pro Erdogan semakin hilang sabar dan berang dengan kenyataan2 melalut Nik Aziz yang masih cuba menagih simpati dan terlalu terdesak mahukan undi Melayu Kelantan dengan bertindak ekstrim mempertahankan Hudud. Rata2 mendakwa Nik Aziz tidak sepatutnya membuat kenyataan sensitif sedemikian kerana Mesyuarat Khas Pakatan telahpun memutuskan tidak akan menimbulkan isu2 sensitif terutamanya berkenaan soal Hudud. Namun, Nik Aziz hari ini masih lagi bercakap tentang Hukum Hudud walaupun ianya telah diperjelaskan. Mereka juga mempertikaikan tindakan Nik Aziz sebelum ini menggunakan kuasanya memaki hamun dan mendesak beberapa Pemimpin PAS diambil tindakan displin kerana membuat kenyataan yang memecahbelahkan hubungan Pakatan walhal apa yang dilakukan beliau pada hari ini hampir memusnahkan kerjasama Gabungan ini. Dikatakan terdapat perancangan untuk menjatuhkan Kepimpinan Nik Aziz yang telah sudah terlalu 'uzur' dan bakal digantikan dengan pemimpin yang lebih 'selaras' dengan dasar baru Perjuangan PAS yang dibawa mereka pada masa kini. Siapa Pemimpin tersebut? Hmmm..






0 comments:

Powered by Blogger.