Oct 24, 2011

"AKIDAH NAJIB LEBIH MULIA DARI ANWAR..!!" - AHLI MAJLIS SYURA PAS.





Tindakan PM Najib Tun Razak memuji Perhimpunan Sejuta Umat (HIMPUN) yang berjaya membuktikan bahawa penganjuran Program2 berbentuk Jihad Islam yang dibawa di Negara ini tidak membawa kepada kekacauan dan menggugat keselamatan Negara seperti yang didakwa Anwar dan puak2 PAS berhaluan kiri. Najib menjelaskan jika Islam menggunakan garis peraturan dan adat yang tertib dalam sesebuah penganjuran Perhimpunan, ianya tidak menjadi sebarang masalah malah memberi impak yang lebih berkesan. Najib turut berkata beliau berjaya membuktikan bahawa Perhimpunan di dalam tempat tertutup adalah lebih releven dan tidak sama sekali mengganggu mana2 pihak. Najib turut rasa terhina dengan Anwar dan puak2 PAS Pro Sekular yang beranggapan Penganjuran HIMPUN bakal membangkitkan api semarak yang bakal memecahbelahkan sesama Agama lain. Tindakan dan pendirian mereka sebenarnya kerana takut dengan kecaman dan kemarahan Pemimpin2 DAP yang diketahui tidak dapat menerima sekali bukan sekadar Sistem Perundangan Islam, malah menentang sebarang penganjuran yang bakal menggugat Agama2 lain. "Agak memalukan kerana ada juga Pemimpin2 PAS yang hadir menyokong HIMPUN walhal PAS telah menyatakan pendirian tidak mahu terlibat malah tidak menyokong Perhimpunan yang sedemikian. Bagaimana mereka boleh mendabik dada mendakwa sebuah Parti yang meletakkan Asas Perjuangan Islam sebagai No. 1 paling penting, dalam masa yang sama menjadi 'jurucakap' DAP menentang sebarang usaha memperkukuhkan Agama suci kita." PAS semakin terkeliru dengan Islam dan Politik sehinggakan Penganjuran Program memperkukuhkan Islam turut dianggap sebagai liabiliti politik mereka bersama Pakatan. Dikatakan juga beberapa pendokong kuat Ustaz Nasrudin dan Nik Abduh bersyukur dan gembira dengan reaksi Najib. "Pemimpin2 yang menyokong Penganjuran Program HIMPUN dalam masa yang sama berusaha memperkukuhkan akidah mereka dan masyarakat Malaysia. Jika ada yang menentang usaha2 memperkuatkan Akidah Islam melalui penganjuran HIMPUN, orang inilah sebenarnya lemah dari segi pengukuhan akidah malah bakal memesongkan akidah ummah." Kenyataan yang didakwa diterangkan Anak kepada Nik Abdul Aziz ini kepada penyokong2 beliau mengiyakan pandangan bahawa Anwar dan kuncu2 nya menghadapi masalah besar dalam mengukuhkan akidah masing2 kerana bukan sahaja menentang, malah menuduh pula terdapat Agenda Jahat di sebalik penganjuran Perhimpunan sedemikian.





0 comments:

Powered by Blogger.