Sep 25, 2011

WOII ANWAR.. KAU DULU JURUCAKAP UMNO TOLAK HUKUM HUDUD!!








Anwar Oh Anwar. Pak Sheikh Anwar digelar semasa di dalam UMNO. Orang puja kamu Pemimpin berjiwa Islam dalam UMNO walaupun diperlekehkan PAS. Kau janganlah hendak madah berhelah mempertahankan Nik Aziz yang kononnya nak laksanakan Hukum Hudud. Sudahlah pula, dihina UMNO. Kaulah orang yang secara sukarela semasa memegang jawatan besar di dalam UMNO menjadi jurucakap Kerajaan memperjelaskan kepada Orang Melayu dan Cina mengenai Agenda PAS serta DAP. Apa yang kau cakap pasal Perjuangan Hudud PAS? Ulama' Trompah TAK LAYAK. Anwar pada ketika itu hasut orang Cina betapa ekstrim dan ganasnya perjuangan Islam PAS yang mahu melaksanakan Hukum Hudud. Malah engkau tambahkan lagi semangat ketakutan kepada masyarakat Cina bahayanya Hukum ini dilaksanakan. Engkau gambarkan kepada masyarakat Cina Hudud ini adalah Hukum yang menzalimi masyarakat bukan Islam. Apa pula yang engkau kata pada orang Melayu tentang DAP pada masa engkau gah berjawatan besar di dalam UMNO? Engkau pergi ke kampung2 api2 kan semarak perkauman, nyatakan pendirian DAP yang ekstrimis dalam menghancurkan semangat memertabatkan Bangsa Melayu dan Agama Islam sebagai landasan utama Negara. Engkau gambarkan betapa kejamnya DAP yang akan menghapuskan Sistem Perlembagaan Negara. Sekarang sudah berubah? Jangan dok kata kamu sudah insaf. Parti UMNO yang kau jilat kini kau ludah. Adakah Anwar akan memegang prinsip sedia ada jika kini berjawatan PM di dalam UMNO? Nak persoalkan prinsip orang. Prinsip kamu kucar kacir. Sejak dari ABIM ke UMNO kemudian ke PKR kamu ubah prinsip kamu untuk menaikkan karier politik murahan peribadi kamu sendiri. Nak kata kita fitnah? Apa fitnah? Video di atas sudah terang2 menggambarkan prinsip kamu. Jangan kata tu dulu. Sekarang dia sudah berubah. Kamu boleh maafkan Anwar walaupun kamu dakwa 1 ketika dahulu bersubahat dan bekerjasama dengan sebuah Parti yang membunuh Ulama' Pejuang khayalan kamu Ibrahim Libya. PAS pernah kata tidak akan memaafkan Anwar kerana memperkenalkan Akta AUKU yang menyekat mahasiswa. Malah PAS melalui Mat Sabu sendiri pernah secara sukarela sanggup bekerjasama dengan mana2 pihak untuk membuktikan perilaku liwat Anwar. Ini semua mainan politik. Hendak bermain sepak terajang politik lantak kamu. Tapi jangan persoal prinsip orang lain. Kerana prinsip kamu sendiri umpama perancangan dajal menyuntik masyarakat menjadi pengikut makhluk ini.







1 comments:

Anonymous said...

Anwar Al Juburi..Mat sabu Al-Buriti ialah orang yang terawal yang wajib di Hududkan oleh Pas.

Powered by Blogger.