Sep 1, 2011

SYAWAL T'CEMAR.. GAMBAR PORNO MARSHA & KISAH BULU BABI SIMPLY SITI!!





Inilah lumrah Sifat Mazmumah yang tanpa disedari tertanam di dalam minda dan hati orang Melayu. Sukar menerima dan menumpang gembira di atas kejayaan sahabat dan rakan sendiri. Tidak dapat menerima kenyataan rezeki yang Allah limpahkan ke atas setiap hamba2 Nya. Penyanyi No. 1 Malaysia Siti Nurhaliza telah berhadapan dengan fitnah yang Maha Berat bagi dirinya pada kemunculan Ramadhan pada tahun ini. Produk kecantikan keluaran beliau yang diberi nama Simply Siti telah dicemari dengan tuduhan bahawa terdapat kandungan tidak halal iaitu lemak babi. Ianya juga dikatakan merupakan kandungan utama bagi mengekalkan kualiti produk tersebut. Siapa yang menyebarkan pertuduhan tersebut? Wallahu a'lam. Yang pasti, individu yang memulakan rekaan cerita ini sudah sekian lama menyimpan dendam terhadap Penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini tidak kita dalam bidang seni mahupun perniagaan. Ada yang kata juga berus yang digunakan didalam produk ini juga diperbuat daripada bulu babi. “Saya mengaku, sebaik berita tersebut disebarkan, ia memberi impak terhadap penjualan SimpySiti. Ia jatuh mendadak. Namun Alhamdulillah, berkat Ramadan, isu tersebut segera dimatikan. Pihak kami dan pihak Jakim kesal dengan apa yang berlaku namun ini adalah dugaan dan cabaran yang harus saya tempuhi sebagai orang berniaga. Alhamdulillah, ia juga memberi hikmah kepada kami kerana selepas kejadian tersebut, kami dan pihak yang terbabit menjadi lebih akrab dan lebih berhati-hati dalam banyak hal agar perkara yang sama tidak berulang lagi,” katanya yang turut memberitahu sedih saat mendengar ada pengguna yang membuang produk miliknya sedangkan realitinya SimplySiti adalah halal." Melayu CinDia membela Siti bukan kerana minat gila babi terhadap beliau. Cuma berbangga Malaysia mempunyai anak seni seperti beliau. Dijulang bukan sahaja di dalam Negara bahkan di peringkat Antarabangsa. Terserlah kualiti nyanyian beliau dan mendapat tempat di mata masyarakat Dunia. Jikalau di Hollywood, nyanyian yang mantap dan bakat yang luar biasa dijulang. Namun di Malaysia pula, baru sahaja menikmati kejayaan, sudah ada usaha menjatuhkannya. Teringat akan Penyanyi Sudirman. Tatkala beliau menempa nama di persada seni Antarabangsa, beliau secara tiba2 menghidap penyakit ganjil. Ada individu yang 'menghantar' bomoh untuk menjatuhkan terus karier beliau. Bila sudah meninggal dunia, kalau boleh tiap2 hari hendak mendendangkan lagu2 beliau. Untuk apa? Melayu CinDia agar golongan sebegini dihapuskan serta merta. Sewajarnya tumpuan dan kritikan serta desakan dibuat terhadap Penyanyi AF3 Marsha yang selamba mengenakan pakaian lucah di dalam sebuah Majalah tatkala Umat Islam menyambut kedatangan Syawal. Walaupun Marsha merupakan seorang yang bukan Muslim, namun adab dan tatasusila pemakaian mestilah dipatuhi. Harap Marsha belajar dari kesilapan. Buat Siti, teruskan perjuangan mengharumkan nama Negara. Video ini mungkin bakal menginsafi kita. Adakah pabila Negara kita menghadapi keperitan seperti Video ini baru kita merasa insaf? Paparan Video KLIK DI SINI!!





4 comments:

admin said...

Blog saudara amat menarik dan padat dengan info terbaru politik semasa.

Diharap sudi linkkan blog http://www.utaranews.com/ ke blog saudara untuk bertukar-tukar info. Terima Kasih.

Anonymous said...

apakah selamanya orang melayu akan begini?...jangankan business besar..jual nasi lemak tepi jalan pun sanggup berbomohan.

pengembala said...

marsha tu nak pakai macam apa pun lantak pi lah dia,bila pulak dia tu Islam?

check la dulu resource ko dow

Anonymous said...

apa la punya penulis blog..sesungguh nya anda mmg tak tahu apa2 dan hanya berminat tulis apa yg ada suka...sudirman mengidap aids...dia kaki bontot dan bf nya seorang banggali....atau pun boleh kita panggil gay...so make sure u jgn nak tuduh org bomoh saba sini...plse get ur fact right...buat malu jer

Powered by Blogger.