Sep 3, 2011

SINGKIR UST. AZIZAN.. PAS LETAK WAKIL DAP SERTAI MAJLIS SYURA ULAMA'!!!!





Nampaknya strategi menyingkirkan Pemimpin PAS Pro Ulama' semakin terserlah dengan cadangan menggugurkan Ustaz Azizan Abdul Razak untuk terus kekal memegang jawatan MB Kedah. Jika di dalam UMNO, penyingkiran seseorang Pemimpin dari terus memegang satu2 jawatan kerana penyelewengan, PAS pula bakal menyingkir pemimpin mereka dek kerana mahu memperjuangkan perlaksanaan dasar Perundangan Islam. Kenapa Ustaz Azizan bakal disingkir? Kerana Ustaz Azizan mahu melaksanakan Undang2 Syariah sebagaimana yang dijanjikan PAS sejak awal penubuhan Parti. Itu yang beliau fahami tentang perjuangan PAS, sependapat dengan Exco PAS Negeri Selangor, Dr. Hasan Ali. Namun, mereka tertipu. Piagam PAS sekadar omong kosong. Piagam PAS adalah batu lonjatan bagi memerangkap masyarakat Islam di Malaysia kerana mahu merampas kuasa. Piagam PAS sekadar tiket bagi membolot kekayaan setelah bosan 'melakonkan watak' zuhud sejak sekian lama. Mainan politik di dalam PAS semakin berkecamuk. Apa mahu buat? Inilah akibatnya apabila ada puak Islam yang cuba memecahbelahkan umat dengan menghukum 110% pihak lawan yang juga beragama Islam tanpa sebarang perbincangan ikhlas. Sanggup bersekongkol dengan sebuah parti yang anti Perundangan Syariah. Sanggup bersekongkol dengan individu yang pernah menggelar Nik Aziz sebagai Ulama' Terompah. Misi Ulama' Terompah dilihat semakin berjaya direalisasikan setelah tokoh Agama yang dijulang PAS bernama Ustaz Azizan bakal disingkirkan. Kerana apa? Kerana tidak seteru dengan Anwar. Kerana tidak seteru dengan DAP. Kerana tidak seteru dengan puak2 Pro Sekular PAS. Mahfuz Omar dilihat berjaya dipergunakan Anwar bagi menyingkirkan MB Kedah ini, sama peranannya dengan Khalid Samad di Selangor. BRAVO PAS!! Membangun Bersama Islam?? Membangun Bersama DAP...





1 comments:

Anonymous said...

Salam...kita mungkin lupa sebanarnya DAP dlm senyap senyap telah berjaya mewujudkan cawangan DAP dlm PAS...iaitu dewan perhimpunan penyokong pas yg dianggotai oleh non muslim yg rata ratanya adalah ahli DAP di kawsan DUN dan Parlimen....dewan himpunan penyokong pas inilah yg menjadai mata dan telinga DAP dlm menghidu setiap gerak geri dan strategy pas dlm politik tanah air....DAP bijak sebab mereka tidak mahu tertipu....mereka mahu suara dlm pas...mereka juga mahu hak mengundi dlm muktamar...mereka juga lah yg mengatur agar mat sabu jadi no 2 dlm PAS....pak syeikh pas bodoh dlm strategy dan bab taktikal sebab depa tak blajar bab ni masa di university....sekarang jelas pak syeikh pas asyik syok sendiri melihat dewan himpunan penyokong pas mendapat sambutan kononnya non muslim mula menerima pas tanpa mereka sedari rupanya DAP sudah mula bersarang Dalam parti mereka sendiri...dan access pd banyak maklumat maklumat dalaman ala ala kabel wikileaks.....hassan ali, nasarudin mat isa, harun taib, harun din dan kini azizan semuanya sudah dlm senarai wikileaks DAP....apa lagi mahu tungguuuuuuuuu...

Powered by Blogger.