Sep 16, 2011

SIDANG MEDIA.. MAHFUZ OMAR DESAK NASRUDIN TANTAWI DIPECAT!!





Hari ini Dewan Pemuda PAS Pusat sekali lagi mengambil keputusan bertentangan dengan dasar PAS... Bukan dasar parti PAS sebenarnya. Dasar Pakatan. Dasar Pakatan sekarang lebih utama daripada dasar Parti. Sayap parti yang dipimpin Nasrudin Tantawi itu hari ini membuat laporan polis agar bertindak mengikut undang2 yang dikatakan Anwar "Law of a Jungle" terhadap Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling kerana mengeluarkan kenyataan "Tanah Melayu tidak pernah dijajah." Tindakan Pemuda PAS ternyata bertentangan dengan desakan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang melalui Sidang Medianya sebelum ini yang mahu semua pihak menghormati setiap pendirian Ahli Sejarawan termasuklah Zainal Kling. Zainal Kling dakwa Mahfuz mempunyai hak untuk mengeluarkan pandangan dan jika ada pihak yang tidak bersetuju, Mahfuz mencadangkan agar ianya dibincang melalui forum, bukan dengan mendakwa terus beliau. Nasrudin dilihat mencabar krelibiliti Mahfuz Omar sebagai orang No. 3 dalam parti. Puak penyokong Mahfuz menganggap tindakan Nasrudin tidak berkaliber dan derhaka kerana tidak berbincang terlebih dahulu dengan Mahfuz sebelum mengambil sebarang tindakan susulan. Malah apa yang diperlakukan Nasrudin ini telah menjejaskan dasar Pakatan secara keseluruhan. Siapa yang hormat dengan Mahfuz ni? Gila publisiti lebih. Lupa diri sejak diikhtiraf kekal sebagai No. 3 dalam parti. Guna kaedah politik cantas mencantas dan menganiaya Ustaz Azizan sehingga menyebabkan Ustaz Azizan diasak berundur. Inilah salah seorang manusia yang telah menyuntik perjuangan sekular dan komunis dalam parti. Rebah Hancur PAS sekarang. Ada orang kata UMNO lagi teruk. Pergi mampus lah dengan UMNO. Sebab yang cakap tu PAS sendiri. PAS yang dok kata sepakat, tak berpecah, ada masalah atau ketidakpuasan hati dibawa berbincang secara Syura. Aku dah lama tak dengar cerita Majlis Syura. Bravo Ustaz Nasrudin. Tapi bravo dalam PAS jelah. Peperangan Politik tetap diteruskan. Tapi tidaklah sehingga memecahbelahkan ummah. Betul tak Ustaz?





11 comments:

Anonymous said...

Jenazah Mat Indera Wangi - Pak Abas
Khamis, 15 September 2011


TAIPING: "Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".


Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.


Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.


Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.


Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera.asar komunis sungguh

sumber dari :http://demokrasi93.blogspot.com/2011/09/jenazah-mat-indera-wangi-pak-abas.html


...bengong sungguh puak-puak ni...ada ka anggap Mat Indera mati syahid...D

Anonymous said...

Nak sebarkan khurafat ler pulak tuu.. Mana tau.., ader pulak geng2 kaki ekor pi taruh calok cina kat kubur Mat Indera Bangsawan tu..

Nauzubillah...!!

Anonymous said...

kalau kubur dia wangi itu kurniaan ALAH TAALA pada dia tapi kalau korang pi taruh 1DROP PERFUME satu tong korang jawab la...

pejuang hamas...

Anonymous said...

Dulupun kat kubur Ibrahim Libya bau wangi kata mereka. Rupa-rupanya baru pecah tembelang. Perfume digunakan utk tarik perhatian. Jenias PAS Dajal.....

aku said...

sesape boleh kuarkan apa jua kenyataan....

sampaikan nak 'ubah' sejarah jadi dongengan ikut 'citarasa' dan 'selera' masing2 pun boleh....

tapi boleh ka depa bertanggungjawab....dipertanggungjawabkan...paling kureng pun menjawab sebarang persoalan serta pertikaian secara 'gentleman'...?

PAS yang 'sesat lagi nyesatkan'...pengkhianat agama...bangsa dan negara ni....konsisten buat adalah memecahbelahkan ummah....melepaskan ahli2 assabiyyah dengan 'agama PAS' yang menggunakan nama Islam...bla bla bla....

kalau da tak dapat beri manafaat...jangan lah beri mudharat plak...apatah lagi mudharat yang lebih besar....dan lagi...dan lagi...bla bla bla....

gileerrrr biollll!

Marhaen Kacak said...

politik yg semata2 bertujuan nak menjatuhkan UMNO ni tak kemana...

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

Anonymous said...

Hahahaha.. mengetuai gerombolan pengganas komunis membunuh dan membakar orng2 islam di B.Polis B.Kepung termasuklah kanak2 dan wanita dan hari ini di khabarkan jenazah mai indera wangi semasa di uruskan...

Pergh biar betul..!!!!!

opsssss lupa lak yng menyampaikn cerita tu dari Pemuda Parti Ajaran Sesat!Sebelum nie pun Ibrahim Libya mati katak pun di katakn jenazahnya wangi malah kuburnya pun wangi sekian lama.Tapi akhirnya pecah rahsia kubur nya telah di siram minyak attar atas arahan Hadi Awang kihkihkih.

Antara tokoh2 yng mati nanti kuburnya akan mejadi wangi..anwar ibrahim ,lim guan eng dan mat sabu .

Bersedia lah kita untk menerima apa2 berita terhebat tentang kematian kepada sesapa yng membawa dan sealiran dng Parti Ajaran Sesat ini!



Expas

Anonymous said...

adakah contohnya la seorg ahli bomba yg ikhlas bekerja memadamkan api dan sbgnya tiba2 ditimpa malang mati dlm kebakaran... rentung, hangit satu badan... mati pun dimandi perlu hati2... bau jgn ckp la, hangit barangkali... tp matinya ahli bomba tu bolehkah kita anggap shahid? ulama kata shahid dunia... shahid kecil... itu ulama ckp. siapa kita nk pepandai pulak ckp oh si polan tu mati mcm tu sb byk dosa la tu, takde bau wangi semerbak?

jadi apakah perbuatan mat indera itu melayakkan dia diangkat shahid? mati dia pun di tali gantung saja bukannya kena sepak terajang belah perut cungkil mata campak dalam api... DALAM ERTIKATA TERSEKSA! BERBEZA DGN MANGSA2 BELIAU. malah mat indera dikala saat akhir nyawa pun diberi keizinan utk mengucap dua kalimah shahadah dan bertaubat. mungkin taubatnya diterima tetapi MATLAMAT ASAL PEGANGAN MAT INDERA TIDAK AKAN DAPAT MENGHALALKAN CARA PERLAKUANNYA KEPADA MRK YG LEMAH.

mayat anak kecil dan wanita rentung yg mati krn angkara mat indera mungkin berbau hangit, tidakkah mereka itu mendpt shahid yg lebih tinggi dr mat indera sendiri? jgn hanya melihat satu sisi mat indera dan meutup mata dr sisi mangsa seperti wanita dan anak kecil yg lemah tetapi teraniaya oleh perbuatannya. jika dia membunuh polis yg mengangkat senjata dikata barua british, fine... tp jika dia mengangkat senjata dan membunuh anak kecil dan wanita... saya rasa dia masih berhutang nyawa di alam sana dgn mereka.

Anonymous said...

Pendidikan nasarudi Tantawi lebih tinggi dari mahfuz (spm)...nak buat mcm mana... Takdirlah tu....

Anonymous said...

Dah lari jauh...PAS ni...
kubur wangilah....wah....jauh jauh dari pegangan hukum....

Apa nak jadi ni.... kembali jahiliah lah... angan angan dikatakan ilham...
agak agak dikata wahyu...ayat yg terang dihelahkan....ayat penuh dipotong potong...wah...

Ya Allah selamatkan kami dari kekeliruan ini...Amin

Anonymous said...

[url=http://www.onlinecasinorussian.com]casino[/url] [url=http://casinolasvegass.com]online casinos[/url] [url=http://www.playatonlinecasinos.com]casino online[/url] [url=http://www.casinoonlinebrazil.com]cassino[/url] [url=http://www.onlinecasino3.nl]casinos online[/url] [url=http://www.playatonlinecasinos.com/casino-games.html]pokies[/url]

Powered by Blogger.