Sep 30, 2011

SIDANG MEDIA ESOK... NASHARUDDIN MAT ISA UMUM SERTAI UMNO!!?





Nampaknya kemunculan semula Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada esok hari dikatakan memberi kejutan besar buat dunia politik tanah air. Setelah sekian lama dipulaukan Pimpinan Tertinggi PAS dan Pakatan dek kerana usaha beliau untuk berbincang dengan UMNO mengenai kemantapan Islam demi masa depan Negara. Tidak. Beliau tidak akan menyertai UMNO. Mungkin salah 1 sebab kerana terikat dengan Ba'iah yang telah disumpah, jikalau keluar dari PAS, maka jatuhlah talak ke atas Isteri atau Suami. Namun jauh di sudut hati, beliau masih setia pada perjuangan sebenar PAS. Yang kini kian terpesong akibat kehadiran Pemimpin2 Baru yang bakal mensekularkan parti tersebut. Esok Ustaz Nasha dijangka akan menghadiri dan bekerjasama dalam menjayakan Misi Bantuan Palestin yang dianjurkan oleh Yayasan Al Quds Malaysia pada esok (Sabtu) jam 2:45 petang di REST Ar Rawsya, Bulatan Kg. Pandan KL. Program yang dianjurkan sekian lama ini mengambil inspirasi Tun Mahathir yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Islam Palestin. Turut hadir pada program ini termasuklah Mukhriz Mahathir. Kehadiran berani Ustaz Nasha ini bakal mencetuskan kemarahan beberapa Pemimpin PAS yang melihat Ustaz Nasha lebih kepada Proksi UMNO. Istilah ini sebenarnya sengaja dibangkitkan beberapa puak Pemimpin PAS yang turut disertai Khalid Samad dan Mahfuz Omar bagi menjatuhkan kepimpinan Ulama' seperti Ustaz Nasharuddin, Dr. Hasan Ali dan yang terbaru, Ustaz Azizan Abdul Razak (MB Kedah). Puak2 ini akan menabur fitnah terhadap Kepimpinan Parti baik di peringkat Pusat mahupun Negeri2 bagi menggambarkan tindakan Ustaz Nasha yang ikhlas mahu turut serta dalam program amal ini sebagai tindakan retorik politik semata2. Semoga Allah melindungi Ustaz Nasharuddin dan diberikan kekuatan dalam meneruskan khidmat seorang Pemimpin. Inilah pengajarannya apabila bersekongkol dengan sebuah Parti yang menggunakan Islam sebagai senjata politik semata2, sehingga dijadikan alat mainan, demi merampas kuasa pemerintahan. Pemimpin yang jujur seperti Ustaz Nasha tidak akan bertahan lama. Yang tinggal adalah dajal2 yang bakal menjahanamkan perjuangan Islam. PS - Tiada salahnya pun jika Ustaz Nasha sertai UMNO. Tapi beliau masih memilih bersama Puak2 Pemimpin Penipu PAS.






12 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah... jangan mana mana pihak memandang serong dalam tindakannya berkerjasama untuk kebaikan dan ini malah patut dimengikut langkah beliau.. Inilah contoh jiwa besar seorang yg dapat menafaat dari Ilmunya.... Doa selamat maju jaya untuk YB Tuan Hj Nasharuddin Mat Isa...

Maka menanggislah dgn amarah syaitan syaitan yg senantiasa nak kelirukan dan memecah belahkan Umat Nabi Muhammad SAW...

Hperancis

Anti Jumud said...

Inilah sebaik pemimpin yang tidak menyimpan perasaan dendam terhdap kaum dan bangsanya sendiri. Go Ustaz Nasharuddin semoga bakti kamu akan mendapat keberkatan Allah. Tidak sepertimana pemimin PAS yang lain yang asyik mengejar kuasa dan membelakangi bangsa dan agamanya.

Anonymous said...

tidak salah bagi seorang pemimpin...mengikut cara yg benar..meninggalkan cara yg songsang...

berperinsip bukan jumud!!!

Anonymous said...

ADAKAH SUMPAH BA'IAH SAH?

aku risau la dgn permainan pas ni...

kalau kena buang plak mcm na???

takkan jatuh talak secara automatik???

kalau perkara baik yg nak dilakukan tu baik tinggalkan politik bt sementara waktu...

Jgn sebab politik perkara yg baik pun hendak dibangkang...

tolong matang...

kalau dia masuk umno pun aku tak kisah kalau stay dlm pas pun aku tak goyang sebab aku bukan bermusuh dgn kaum muslim tetapi menentang sesiapa yg cuba menhina agama ISLAM jer...

ALLAH SAVE PALESTINA...

PEJUANG HAMAS...

Anonymous said...

cara mcm ni..menuduh proksi umno...mmg dah berjaya dan berkesan menelanjangi otak otak pas kampung dan bandar. Amalan ini jugalah digunak oleh mursid am mereka masa mnjatuhkan dato asri dulu...

serupa dulu, serupa sekarang!

aku said...

da sah2 kan pertemuan tu nanti untuk apa...

apa kejadahnyer depa nak pertikaikan plak...?

kalau guna 'versi' pertikaian depa yang sama..maknanya...masa anjuran pihak 'gereja' kat DUMC...yang kononnya me'rai' orang islam berbuka pose..pada hari berpose...hanya sbb 'kebajikan'....depa boleh pusing sampai lidah terbelit...tapi boleh plak tunding jari kata 'agenda' UMNO plak....(adakah ianya macam..UMNO...'pukau' depa suruh gi sana...lepaih tu 'kantoikan' depa plak...ala2 mcm skrip 'perangkap seks liwat' kat si anwar...malaun tu)...

tak cukup lagi...cakap plak UMNO nak raih 'publisiti' murahan atas tiket politik kat tempat yang bergolak macam Somalia...(apa kejadahnyer..nak pi sana sbb publisiti...?!)

depa ni da tahap gaban punyer gilerrrrr bioll!

Anonymous said...

masuk Umno apakejadah..umno tolak hukum hudud..umno talibarut penjajah,umno apco satu kapal sokong Yahudi, umno sokong porno; pemimpin umno kata tayang video seks tak salah dekat wartawan, umno tak hormat bahasa melayu,
dr mahathir pun dah keluar umno,dia masuk balik Umno sebab nak duit pencen kerajaan..wakakaka

Anonymous said...

BIla Ustaz Nasha masuk UMNO dan bawa pengikut PAS untuk menyatukan umat Islam di Malaysia ini, diharapkan tindakan Ustaz Nasha ini dapat membolehkan UMNO mempunyai majoriti dalam Parlimen untuk malaksanakan hukum hudud. Kepada semua ahli PAS yang menabur fitnah bersedialah untuk terima hukem hudud "memfitnah" direjam dengan batu higga mati dikhalayak ramai... Tunggu saje hukuman hudud oleh UMNO keatas kamu pemfitnah saudara seagama... Setiap fitnah yang kamu semua buat sekarang akan dicatit dan akan diperhitungkan nanti bila tiba masa....

aku said...

anon, Monday, October 03, 2011

masuk Umno apakejadah..umno tolak hukum hudud..umno talibarut penjajah,umno apco satu kapal sokong Yahudi, umno sokong porno; pemimpin umno kata tayang video seks tak salah dekat wartawan, umno tak hormat bahasa melayu,
==================================
apa kejadahnyer hang pi banding2kan dengan UMNO yang telah 'dikafirkan'...'difiraunkan'...bla bla bla oleh 'agama PAS'? amik lah kafir harbi DAP...PKR...sebagai perbandingan....

===================================
dr mahathir pun dah keluar umno,dia masuk balik Umno sebab nak duit pencen kerajaan..wakakaka
===================================
tapi PAS tak plak 'segan silu' tawarkan untuk 'mahafiraun' masuk PAS...la ni depa n the gang (PKR, DAP) plak sampai kemaruk gilerrr nak pi Putrajaya...'istana Mahathir' tu...pe kes..?

gilerrrr biollll!

Anonymous said...

"Pergi Jahanam Dengan Umno!!!"

Anonymous said...

anon, Friday, October 07, 2011

hang nak buat filem enam jahanam ka...?

anwar, azizah, nurul izzah, azmin, nik aziz, mat sabu, LGE, LKS, hadi awang, khalid samad.....bla bla bla...

rasanye tak cukup lagi list tu...so apa kata tukar tajuk filem ke "PR jahanam @ haramjadah PAS, PKR, DAP...!!!!!"

Bingai @ Bangang said...

Alhamdulillah. Semoga Ustaz Nasha terus berjuang pada perjuangan yang diyakini beliau walapun dalam parti yang berlainan. Parti hanya platform tetapi wadah perjuangan adalah prinsip seseorang yang dinamakan pejuang!

Aku Yang Bingai
http://tendangterajang.blogspot.com/2011/10/hudud-jangan-bincang-gunakan-logik.html

Powered by Blogger.