Sep 22, 2011

SALAM TAKZIAH.. BEKAS PENENTANG HADI AWANG MENINGGAL DUNIA!!





AL FATIHAH.. Sedih mendengar pemergian bekas Ahli Parlimen Dungun Datuk Awang Jabar yang meninggal dunia kelmarin akibat kemalangan jalanraya ketika dalam perjalanan ke Program TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin. Arwah pernah menewaskan Presiden PAS Hadi Awang di Parlimen Dungun ketika Pilihanraya tahun 1982. Beliau yang juga pernah memegang jawatan Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar dikatakan sangat aktif walaupun sekian lama tidak berjawatan tinggi. Namun semangat juang beliau tidak pernah luncur. Melayu CinDia mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Arwah. Semoga roh beliau ditempatkan golongan2 Mujahidin. Amin.






Powered by Blogger.