Sep 13, 2011

PROF. AZIZ BARI GELAR MAHATHIR UMPAMA ORANG TUA NYANYUK MEREPEK!!





Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah. Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British. Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa? Atau faktor umur menyebabkan beliau lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 . Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam". "Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian). Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.





3 comments:

Anonymous said...

yg herannya dia masih lagi jadi prof kat situ..

cityiklan said...

semua orang akan jadi tua jadi tak perlu lah nak cakap orang lain nyanyuk..ntah2 yang mengata dulang paku serpih tu lah yang lebih2 :)

http://cityiklan.blogspot.com

aku said...

sadisss sungguh si prof yang ala2 tak 'produktif' ni n the 'gang' buat pernyataan....

Tun Mahathir ni bukan sahaja diiktiraf kredibiliti beliau oleh kawan malah 'digeruni' oleh lawan.....depa ada tak dapat 'pengiktirafan' yang mcm 'gitu'.....?

Beliau bercakap ada ketika nya 'sinis'....'direct'....dll...tapi bertanggungjawab dengan sebarang pernyataan yang dibuat...malah tak plak 'menjerit' ka...'memekik' ka kat sape2 yang tanya soalan kat dia....depa ada 'gentle' macam tu tak..?

beliau 'lupa' ?....tapi kenapa plak prinsip perjuangan beliau yang daripada awal pembabitan beliau dalam politik ni...sampai takda 'kuasa' ni masih lagi konsisten......prinsip 'perjuangan' depa plak macamana....?

tu ja lah yang depa boleh buat...hina...caci...nafikan...fitnah....bla bla bla...

da tu ja yg depa ada dan berkemampuan serlahkan...untuk 'diberikan' perhatian...

gilerrr biollll!

Powered by Blogger.