Sep 13, 2011

PKR JOHOR DAKWA ANWAR MAIN BANGSAT.. CHUA JUI MENG DIKTATOR!!





Konflik Gabungan yang didakwa begitu kuat iaitu Pakatan kian rebah setelah beberapa Cabang PKR Johor mendesak Pengerusi Negeri, Chua Jui Meng dipecat kerana tidak beberapa tindakan beliau yang dianggap diktator dan tidak mengikut saluran akar umbi. Protes ini berikutan pertelingkahan parti tersebut dengan DAP dalam merebut kerusi Parlimen dan DUN di mana DAP menyelar parti milik Anwar itu tidak layak menuntut beberapa kerusi di Negeri itu. Chua Jui Meng yang secara tiba2 dinaikkan Anwar ke jawatan No. 1 Parti di Johor bertindak berkecuali malah masih boleh bersekongkol dengan DAP dalam memastikan misi parti serpihan PAP itu berjaya. PKR Johor semakin berang dengan kemunculan Chua Jui Meng yang telah mencantas beberapa reformis yang berjuang bermati2 an dalam memastikan parti tersebut bertapak di Negeri tersebut. Malah beberapa aktivis Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang bergabung dengan PKR turut dipinggir dan dicantas seolah2 peranan mereka tidak dihargai. Chua Jui Meng yang pernah dihebahkan Anwar bakal memegang jawatan MB Johor jika Pakatan menawan Negeri tersebut bukan sahaja hilang sokongan Melayu malah turut mengherdik kepimpinan beliau termasuklah dari kalangan DAP. PAS yang langsung tidak bersuara telahpun diberi amaran dari pihak Pusat agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Tindakan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang cuba menggunakan kuasanya tampak tidak kena pada tempatnya setelah beberapa Pemimpin Negeri. Malah amaran diktator itu telah menaikkan semangat mereka untuk membongkar rasuah dalam kain Chua Jui Meng semasa dipelawa Anwar menyertai parti tersebut. Mahu Kerajaan Pakatan? Berjiwa Rakyat? atau berjiwa Kuasa semata2? Fikir!!






0 comments:

Powered by Blogger.