Sep 24, 2011

OPEN HOUSE UMNO.. MCA WANGSA MAJU MINTA SEDIAKAN 'RED CARPET'!!?





 

JEMPUTAN PADA MALAM INI... Kesemua rakyat Malaysia terutamanya penduduk Wangsa Maju khasnya dan penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor amnya dijemput untuk hadir ke Rumah Terbuka UMNO dan BN Bahagian Wangsa Maju.

Majlis santai ini akan berlangsung di SEKOLAH KEBANGSAAN Danau Kota berhampiran dengan UPTOWN Danau Kota. Ini Pengerusi BN Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah sendiri yang beritahu, Cakap jangan jemput orang Wangsa Maju je.

Jemput 1Malaysia kalau boleh. Ini Rumah Terbuka. Hari Raya. Semua orang boleh datang. Rasa2 nya majoriti masyarakat di Lembah Klang tahu akan lokasi UPTOWN Danau ni kot. Sekolah tersebut betul2 bersebelahan dengan Pusat Perniagaan ini.

Datang.. Dapat menikmati makanan Hari Raya.. Dapat berkenalan dengan rakan2 baru dan Pemimpin2 Negara. Beberapa barisan Menteri Kabinet dijangka hadir. Entah2 Pemimpin PAS dan PKR pun hadir. Opppsss...

Tapi kalau Pemimpin kedua2 parti ini tak hadir, kita fahamlah. Tapi bila Pemimpin2 MCA Wangsa Maju tak hadir, itu sangat kekok sedikit. Sepanjang UMNO dan BN Wangsa Maju di bawah pimpinan Dato' Shafei Abdullah menganjurkan Rumah Terbuka, tidak pernah kelihatan Pengerusi MCA yang juga merupakan Mantan Ahli Parlimen Wangsa Maju Yew Teong Lock (YTL) hadir walaupun diberi jemputan.

Jangan kata Jemputan melalui Kad, dari mulut bertentang mata dijemput. Tidak juga hadir. Wakil AJK? Mungkin ada. Tapi bagusnya AJK2 MCA Cawangan dan ahli2 biasa MCA sendiri hadir. Siap jumpa Dato' Shafei ucap Selamat Hari Raya.

Kadang2 tengok macam sudah jadi Pembangkang Pengerusi MCA Wangsa Maju ini yang seolah2 tidak seteru dengan UMNO Wangsa Maju. Macam jelah..Tak tahu 'betul' ke 'tak'. Malah Wee Choo Keong yang menghentam Dato' Shafei Abdullah nyaris2 ke lubang cacing pun kini boleh berjabat tangan dan menerima undangan beberapa Majlis.

Kenapa ye? Agaknya tarikh tersebut 'tak sesuai' kot. 'Kebetulan' tarikh itu Yew Teong Lock ada 'program' lain. Lebih 'penting'. Tiap2 tahun 'kebetulan' pulak program 'penting' Yew Teong Lock bertembung dengan Rumah Terbuka ini ye.

 Tak mengapalah. Jangan ingat artikel ini ingat saya balun MCA Wangsa Maju pula. Ini artikel 1 'penghormatan' tau. Jemput YTL hadir sebagai 'tetamu kehormat'. OK lah tu. Nak bagi pesanan sikit.. Pesanan seorang rakyat ni.

SUDAH BANYAK TAHUN DAH UMNO TOLONG MCA DI WANGSA MAJU.. SELEPAS INI, MCA TOLONGLAH UMNO PULA YE.. PRU13 DAH NAK DEKAT.. ORANG UMNO DULU SAMPAI PANJAT POKOK GANTUNG POSTER YTL.. 

LEPAS NI GILIRAN MCA WANGSA MAJU PULA YE.. PANJAT POKOK.. BARU NAMANYA SEMANGAT UKHUWAH.. SEMANGAT 1 MALAYSIA... :-)



0 comments:

Powered by Blogger.