Sep 4, 2011

NORAMFAIZUL PERNAH NYARIS2 MATI T'HEMPAS HELIKOPTER!!





Itu merupakan satu2 nya pengalaman Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul berhadapan dengan kematian. Peristiwa 13 tahun yang lalu tidak pernah beliau lupakan tatkala beliau sudah menjangkakan akan menemui ajal pada ketika itu. Ini diceritakan sendiri oleh sahabat beliau, Mazalan Rafji yang tifak dapat dinafikan, peristiwa itu adalah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakannya bersama Allahyarham yang ketika itu sama-sama bertugas sebagai jurukamera Filem Negara. Pada kejadian 2 Mac 1997 itu, 2 jurukamera Filem Negara dan seorang juruterbang terbunuh apabila pesawat ringan Cessna 172 milik Mofaz Air yang ditugaskan membuat tinjauan udara untuk kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 1997 terhempas di kawasan belukar berpaya di Kampung Bakau, Kelibang, Langkawi. Namun Noramfaizul dan Mazalan terselamat. Inilah dinamakan takdir. Kini beliau pergi selama2 nya sebagai seorang pejuang. Tidak semua dapat pergi selama2 nya dalam situasi kita menanam tekad membantu masyarakat yang berhadapan kebuluran. Noramfaizul pergi dengan begitu bermaruah. Melayu CinDia menggesa agar kita semua berkumpul pada pagi ini jam 8 di Lapangan Terbang TUDM Subang bagi menyambut serta memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham yang diiringi Sukarelawan Misi Kemanusiaan Somalia termasuklah blogger PapaGOMO. Mereka dijangka akan tiba pada sekitar jam 9 ke 10 pagi ini. Insyallah, pintu Syurga menunggu kehadiran Allahyarham. AMIN.





0 comments:

Powered by Blogger.