Sep 22, 2011

MAHATHIR WARNING LAGI.. JIJIK DGN. WAKIL RAKYAT BN!!?





Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir hari ini memberi amaran kepada Wakil2 Rakyat Negara ini bahawa rakyat amat jelak dan jijik melihat kemewahan melampau Wakil2 Rakyat mereka sedangkan ada masyarakat di kawasan Wakil Rakyat tersebut yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Beliau menjelaskan, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008. "Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," Tun M berkata demikian ketika merasmikan Program Permukiman 171 ADUN BN di Kuala Selangor petang tadi. Tun M turut dengan nada sinis mendakwa jika hendak berkereta mewah tunggu sehingga sudah pencen seperti beliau kerana beliau bukan lagi Pemimpin Negara akan tetapi bekas Pemimpin Negara. Wakil Rakyat kata beliau harus hidup secara sederhana agar tidak berlaku sebarang jurang dengan rakyat biasa. Di harap teguran Tun M ini dijadikan panduan buat wakil2 rakyat di Negara ini. Biarlah Wakil2 Rakyat PAS memilih untuk bergaya mewah pada ketika ini. Di Kelantan sahaja setiap Exco bergaya diberikan kereta Mewah Mercedes sebagai salah satu peruntukan Kerajaan Negeri. Itu dikata Negeri miskin. Jika ada wakil2 BN bersikap sedemikian, jangalah dipilih lagi orang ini sebagai calon bagi PRU13 kelak.





9 comments:

Anonymous said...

Betulkah Wakil2 rakyat PAS/PR majoritinya mewah?

Tapi yang hidup mewah bergaya korporat adalah Ketua2 Lanun UMNO disemua peringkat.. kerana dapat "habuan" dari projek2/ kontrak2/ permit2/ tol2 kerajaan persekutuan secara tidak telus .... ramai ketua2 UMNO senang dapat duit terpijak hasil dari balasan sebagai "pengampu/ pengikut setia" Tuan2 Besar Melayu UMNO.... "Politik Wang" amalan mazhab Mahathirisme.......... sila semak akaun bank & aset ketua2 UMNO ni... hasil "rompakan harta rakyat"..

Tiadalah mata rakyat boleh lagi dibutakan oleh UMNO selama2nya.....

UMNO wajib kembalikan semua hak rakyat kepada rakyat!

Rakyat menanti PRU13... tsunami politik gelombang ke2..... hehhehehehe...........

Anonymous said...

ko cakap bio dengan bukti,jgn main hentam je,kalau dia rimbat pon tapi tak makan sorang dapat juga tempias kat rakyat, pembangkang apa cete hancur, rembat semua,lagi mintak ahli derma nak buat pogram.

Anonymous said...

yup, gua sokong komen y pertama... pemimpin BN y hidup mewah melampau... bil letrik rumah rasmi manusia y sorang nie sampai RM177000 ringgit malaysia sebulan n bil air saja RM 30,000 ribu sebulan.... byr bil 2 seemua pkai duit kiteorg, duit rakyat malaysia....

Anonymous said...

sapa yang tak inginkan kemewahan bro..tengok je beruk2 pembangkang bila dapat kuasa...

dah memang dasar umat kaum luth

Anonymous said...

Aku nampak kaum cina kat tempat aku yang dikuasai DAP makin bertambah kereta mewah, ubahsuai rumah gempak2 jika dibanding sebelum PRU12 dulu. Longkagn yang baik dah 3 kali dipcahkan dan dibaiki semula, mengapa? ada-adakan projek nak habiskan peruntukan DUN? Tanah-tanah rezab longkang besar & sungai kalau dulu lengang sekarang dah siap jadi tapak semaian & jualan bunga, hardware, gudang-gudang. ini mesti hasil pemutihan di selangor yang memberikan hak dan gran kepada kroni mereka ni. siap naik bangunan ruang pameran lagi. Belum satu penggal pun tapi dah jadi kaya raya dorang ini jika dibanding sebelum PRU12 dulu. muntah kedarah harta lebih teruk jika dibandingkan wakil rakyat UMNO yang dengan rumah kecil dan kereta lama jika nak dibandingkan.

Anonymous said...

ni nak cerita mai....kawan saya ni sorang wakil rakyaat kat PP.....dia jumpa sorang lagi kawan saya...siap tanya kawan saya yang sorang tu...hang bukan ka sipolan bin sipolan...lepaih tu yg c wakil rakyaat ni siap bagi tau kawan saya tu(kawan saya ni mata dia tak bulih melihat dah)....aku ni rakan kelaih hang dulu...tapi sekarang aku YB(YANG BERHORMAT).....pi mampuih la dgn hang punya yg berhormat....hang tu bukan YANG BERHORMAT tapi YANG BERKHIDMAT.....hampa nilai la sendiri mcm mana sikap YB BN la ni....habih tu mcm mana BN nak menang...renung-renung kan

Remi said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Aku setuju dengan komen pertama. Memang orang BN ni semua lanun songlap duit kan? Sebab tu jugaklah orang2 Pakatan pun beria-beria nak rampas Putrajaya sebab nak melombong kekayaan kan.

Tak kira sapa la bro, Pakatan atau BN. Kita rakyat tetap macam tu jugak. Cuma BN dah membuktikan yang mereka telah menjalankan tugas dengan agak baik juga. Takdela kita ni merempat ke negara lain utk mencari sesuap nasi.

Tak payahla kita sibuk dengan harta kekayaan orang lain, kat akhirat nanti dia jawabla. Kita rakyat biasa ni jaga ruang lingkup keluarga kita, cukupkan dakwah kita kepada isteri dan anak2 kita. Rezeki yang kita bagi tu halal ke tidak? Pendidikan yang kita bagi tu cukup tak sebagai bekal mereka bila dewasa.

Minta maaf cakap, aku lebih percayakan pemimpin BN dari Pakatan Rapuh ni, tapi aku akan tendang mana2 pemimpin BN yang terbukti korup, rasuah dan mempunyai masalah.

akuantiPAKATAN

Anonymous said...

Puak pemimpin2 UBN saja ke yang mampu/boleh mentadbir dengan baik? ... sikap angkuh dan ego mendabik dada "aku sorang yang boleh miliki kuasa" seperti inilah yang mengundang kebencian rakyat ....................................

Powered by Blogger.