Sep 10, 2011

MAHATHIR NAK 'BUNUH' NAJIB PULAK..





Melayu CinDia terbaca sebuah artikel mengenai dakwaan kononnya Mahathir sedang ditarik menyertai sebuah kumpulan untuk menjatuhkan Najib Tun Razak. Ini menyebabkan ramai yang menghantar komen terkejut dengan dakwaan tersebut tidak kurang yang mengkritik, menyokong dan sebagainya. Hari ini Mahathir menafikan sekeras2 nya dakwaan tersebut. Beliau turut mendakwa tiada sebab beliau berkata sedemikian malah beliau setakat ini masih memberi ruang dan melihat kepimpinan Najib releven. Melayu CinDia tidak terkejut dengan dakwaan terbabit. Memang ada usaha menggunakan spekulasi2 sebegini mengaitkan Mahathir dalam usaha2 yang karut. Tak tahulah siapa kumpulan yang terlibat. Beberapa kerat orang UMNO pula tu. Pak Lah tak ok, Najib tak ok. Siapa ok? Bagi kat Lim Kit Siang padan muka. Jual Negara. Fikirlah.





11 comments:

Anonymous said...

Yang jelas memang pak lah tak okay. permulaan bagi semua masalah kat malaysia ni.
Kesian najib, terpaksa baiki semua kerosakkan yang dilakukan masa paklah dulu. kesilapan besar yang paling susah nak dibaiki ialah bagaimana nak masukkan balik dsai selepas paklah lepaskan nya. nak telus katakan. kepala lutut laaaaaaa. tak kira sai btoi ka tak betoi ka. Ini politik , pengorbanan, dikorbankan atau terkorban adalah permainan dan jenis kawalan dalam politik.
Yang jelas, sekiranya merugikan orang melayu, itu memang tak betoi. Ini saja negeri melayu yang ada. bangsa lain ada negeri rujukan nya. melayu , mana lagi...

Anonymous said...

Memang masalah orang Melayu kini disebabkan oleh kelemahan Mantan PM Pak Lah. Ini kira sejarah jugak tapi yang peliknya kenapa orang UMNO sendiri masih tidak sedar diri (bukan semua tapi segelintir yang tamak kuasa). Sepatutnya mereka sedar sebagai Pemimpin peringkat Cawangan atau Bahagian mesti memainkan peranan untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara bukannya untuk memenuhkan kantong kaum keluarga sendiri.
Kualiti Pemimpin UMNO kini ditahap paling rendah termasuklah PM sekarang jika nak dibandingkan dengan Pemimpin UMNO terdahulu ibarat Bumi Dengan Langit. Apa untungnya menghentam puak-puak PAS dan PKR tetapi diri sendiri masih tidur lena dan dibuai mimpi indah sedangkan pada hakikatnya UMNO semakin lemah dan terus lemah. Semua Pemimpin UMNO mesti terima hakikat ini.
Jika sebelum ini mana ada isteri PM dok sibuk macam PM sekarang lebih SUDU DARI KUAH. Ini juga faktor rakyat semakin membenci UMNO.
UMNO tewas bukan kerana PAS/PKR kuat tetapi mereka lemah kerana masalah dalaman.
Fikir-fikirlah wahai Pemimpin-Pemimpin UMNO.

Anonymous said...

kau berckp mcm org x de agama...mana ada terkorban, dikorban dgn sengaja.. .tuhan larang. semua tu dosa, kecuali jika sdh terbukti...

anak sg kob said...

umno jadi teruk kerana pemimpin umno tak sedar diri.ego dan sombong bergaya mewah makin menjadi-jadi.bukti nya di bahagian padang serai kedah.berpunca drp ketua yg aklhlak buruk dan dipaksa letak jawatan.masaalah dalaman yang cukup memalukan.projek adalah matlamat utama mereka.pemuda bahagian lena dan romeo.pu3 gedik lebih drp buat kerja.berpuak-puak yang cukup hebat.diperingkat ketua cawangan rasa hormat sudah terhakis.umno padang serai sudah hancur kerana tidak ikhlas.

Panglima Perang Cyber said...

Menyalahkan orang tidak menguntungkan.mari kita elak menyalahkan mantan PM kita dan baik kita teruskan usaha membetulkannya dhg bwh pemerintahan PM kita sekarang.

Maaf atas pandangan 2 sen panglima.

Anonymous said...

Kalau tak sukakan tingkap,jangan pula rumah dirobohkan !

Anonymous said...

Pak Lah lah PM yg paling telus..adil..hanya Allah yg akan membalas kebaikan mu Pak Lah..Pak Lah lah yag memberi elaun kola..bonus satu bulan gaji..dan pelarasan gaji..melepaskan Anwar yg x bersalah dan terfitnah dari penjara..Alhamdulillah..lepas tanggung jawab nya di padang masyar nanti..biar lah puak2 mengampu umno nie memarah tak tentu pasal..yg penting Allah tahu..dan kerana jujur dan telus lah..pru 12 ada negeri2 jatuh ke tngan pembangkang..kalau x telus sampai kiamat pun BN akan menang..Pak Lah telah melaksanakan pemerintahan dgn adil dan telus..kami rakyat M'sia yg x ada apa2 kepentingan projek amat bertrima kasih kt Pak Lah..

Anonymous said...

F

Anonymous said...

karier dia hanya bertahan satu penggal.amat teruk

Anonymous said...

Akhirnya rahsia kebijaksanaan DS Najib dibongkar.....nak bijak cam DS NAjib klik kat sini

Anonymous said...

ada aku kisah pasal politik..tapi bila baca malaysiakini..tulisan bekas polis Datuk Md. Zin..barua ku tahu kisah sebenarnya...sungguh keji perilaku mereka2 yg memfitnah dan menganiayai anwar..Alhamdulillah Pak Lah dah lepaskan nya dari penjara...Allah maha mengetahui..tunggu jer lah kamu semua balasan dari Allah

Powered by Blogger.