Sep 25, 2011

MAHATHIR HILANG SABAR.. DAKWA SOI LEK BAKAL BUNUH MCA!!





Akhirnya Mahathir hilang sabar dengan Presiden MCA Chua Soi Lek setelah memerhati tingkah laku beliau sejak terdedahnya Video Seks beliau. Pemimpin No. 1 Parti ini dilihat cuba merosakkan hala tuju Parti tersebut dengan bertindak memberontak atas kesilapan sendiri. MCA kata Mahathir tidak pernah bertindak di luar kawalan seperti yang diperlakukan Chua Soi Lek. Malah tidak melampau jika beliau mengatakan Chua Soi Lek cuba membawa MCA sebagai sebuah Parti yang mendekati perjuangan DAP. Isu Hudud yang cuba dibangkitkan Chua Soi Lek memperlihat tingkah laku 'DAP' beliau kerana tidak pernah sebelum ini mana2 Pemimpin MCA mempersoalkan isu yang tidak pernah dibangkitkan UMNO termasuklah Hudud. Ugutan sedemikian agar biadap bagi sebuah parti komponen yang sama2 berjuang untuk BN sekian lama. Apa motif ugutan tersebut walhal UMNO tidak pernah membangkitkan isu ini? Ini bukan soal MCA. Ini soal Chua Soi Lek yang cuba membawa budaya DAP meresap masuk ke minda penyokong2 beliau. Tidak malukah seorang Pemimpin Asia yang pernah melakukan aksi ranjang dan membuat pengakuan terbuka mempersoalkan prinsip yang tidak pernah dibangkitkan UMNO? Mahathir mendakwa tindakan Chua Soi Lek merupakan satu peperangan psywar paling bodoh dilakukannya kerana ianya menguntungkan DAP. Mahathir cuba memberi amaran kepada Chua Soi Lek agar tidak merosakkan MCA yang dipelihara kerjasama erat bersama komponen yang lain sejak era perjuangan memerdekakan Tanah Melayu. Namun jika itu prinsipn yang cuba dibawa Chua, Mahathir menyarankan MCA menolak mentah2 Chua Soi Lek dan mendesak bekas Menteri Kesihatan ini menyertai DAP. Ya memang Mahathir mengakui telah sekian lama bersara. Akan tetapi selagi beliau masih bernyawa, Mahathir tidak akan membiarkan sebuah Parti Komponen yang menghirup kekuatan aura sejak era Kemerdekaan dilepaskan sehingga lemah kritikal oleh seorang Pemimpin yang cuba menjahamkannya. MCA parti yang masih releven. Akan tetapi jangan biarkan ianya dicampak dan diludah masyarakat Cina dek kerana sikap Pemimpin No. 1 yang tak berkesudahan cuba merosakkan hubungan kekuatan komponen.





2 comments:

Anonymous said...

Chua Soi Lek ini bukan saja nak melingkupkan MCA, tapi juga untuk menjahanamkan Barisan Nasional. Dalam kesepakatan Barisan Nasional, selain dari Lee Kim Sai, maka Chua Soi Lek adalah petualang perosak MCA dan Barisan Nasional, lihat isu Lee Kim Sai pada lewat 1980an dulu, kesannya pada PRU 1990, bukan saja MCA jadi mangsa di Pulau Pinang, malahan Gerakan hampir bungkus, nasib baiklah UMNO menang besar dan menyelamatkan Barisan Nasional Pulau Pinang. Tak ambil iktibar lagikah Chua Soi Lek? Kamu nak tungguh MCA berkubur baru kamu nak puas hati? UMNO adalah kukuh, orang Melayu sentiasa menyokong UMNO, tapi MCA kini ibarat macam penagih dadah, hidup segan mati tak mahu, lembik sepanjang masa dan tak dapat uruskan diri sendiri, sudahlah itu, menjadi parasit merosakkan Barisan Nasional pula. Kepada Chua Soi Lek, kalau kamu tidak dapat menerima prinsip Barisan Nasional iaitu berpandukan Perlembagaan Malaysia, sila berambus keluar dari MCA, kerana adanya kamu di MCA akan menyebabkan bukan saja MCA makin lemah, tapi akan menyebabkan komponen lain dalam Barisan Nasional mendapat susah kerana kamu. Chua Soi Lek sebelum ini kata kalau MCA kalah lebih teruk dari PRU 12 yang lepas, maka MCA tak akan menerima apa-apa jawatan bukan saja dalam kerajaan persekutuan, malahan kerajaan negeri, serta di majlis bandaraya, majlis perbandaran dan majlis daerah. Saya rasa, lepas PRU 13 nanti ramai ahli MCA yang akan bengang dengan Chua Soi Lek sebabnya berdasarkan situasi semasa, MCA nampaknya mungkin akan kalah lebih teruk dalam PRU 13 nanti, maka MCA tak ada wakil dalam kerajaan, MCA akan jadi penumpang saja dalam Barisan Nasional, MCA akan terpinggir dari arus perdana dan lepas itu MCA akan berkubur, yang ada mungkin hanya parti Gerakan, tapi Gerakan pun parti pelbagai kaum, bukan untuk orang Cina saja. Chua Soi Lek, kalau dia sayangkan MCA, maka sila letak jawatan, maka MCA mungkin akan lebih baik pencapaianya pada PRU 13 nanti, itu pun kalau ada presiden MCA macam Ong Tee Kiat yang lebih mesra pelbagai kaum, kalau perkauman ala DAP seperti Chua Soi Lek ini, maka akan punah ranahlah MCA nanti.

Megat Alam Gempita said...

Apabila tampuk kepimpinan itu diterajui oleh seseorang yg rosak akhlaknya tapi kuat nafsu syahwatnya, maka sumbang punahlah perjuangan yang dibawanya...

Lihatlah Nuarberahi tu...satu hari beliau pasti tersungkur!

Gua sokong Ong Tee Kiat dan Hock Teck Nan!

Powered by Blogger.