Sep 28, 2011

LETUPAN DI SUBANG.. AL QAEDA KINI BERKAMPUNG DI MALAYSIA!!?





Letupan yang berlaku di Subang hari ini amat mengejutkan masyarakat Malaysia. Pihak polis yang setakat ini masih menyiasat punca letupan tersebut telah mengakibatkan penduduk sekitar ketakutan kerana ianya buat pertama kali berlaku di Subang. Malah amat jarang kita mendengar kejadian letupan seumpama itu berlaku di Negara kita. Ramai masyarakat telah mula membuat pelbagai spekulasi mengenai kejadian ini sehinggakan ada yang mendakwa ianya angkara Pengganas yang sudah mula bertapak di Malaysia. Ada yang menyebut AL Qaeda. Melayu CinDia menasihatkan agar tidak ada sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan dan tunggu sehingga laporan polis yang sedang menyiasat kejadian ini. Setakat ini dikenalpasti Empat orang, termasuk dua pengawal keselamatan, cedera ringan dalam satu kejadian letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery, Subang Jaya jam 3.45 awal pagi tadi.





3 comments:

Anonymous said...

tak baik tuduh al_qaeda yang buat, tunggulah lapuran dari pihak berkuasa. dari berita tengahari tadi di jangka letupan dari paip gas. kalau al-qaeda mau runtuh bangunan tu

Anonymous said...

gua dapat maklumat buka al qaeda..tetapi alkohol ha ha ha

jatt said...

adakah ini ade kaitan dengan sebuah kapal misteri yang kini berlabuh di port klang...?

Sila lihat post yang saya keluarkan

MISTERI KAPAL PUTIH DI PORT KLANG

Powered by Blogger.