Sep 8, 2011

JULANG KOMUNIS.. DEDAH JANJI SULIT MAT SABU PADA GUAN ENG DI PENJARA KEMUNTING!!





Bercerita soal politik ni, sampai demam aku dibuatnya. Dah tak dapat update 1 hari. Sory guys.. Sekarang ni sudah pukul 2:45 pagi. Baru rasa kurang sedikit. Tapi masa sedang baring2 dan rehatkan diri, terfikir sejenak mengenai tindakan PAS sejak 2 menjak ini banyak menyerang UMNO secara agresif. Masing2 mengejar populariti. Al maklumlah PRU13 sudah semakin hampir. Masing2 jaja diri. Nak jadi calon dan nak kekal sebagai calon. Sampaikan Sejarah Negara yang sudah 61 tahun berlalu diungkit semula. Uiiitt... Mesti panas punya. Dapat pulak yang bercakap tu Mat Sabu. Melonjak populariti. Kembang punggung dia. Tapi tula, alih2 yang bergaduh sesama Muslim, sesama Melayu. UMNO tetap ada kesilapannya. Mana2 parti tak dinafikan ada kesilapan yang dilakukan. Tapi puak PAS ni bukan buat salah, sengaja mencari kesalahan yang sebenarnya dusta semata2. Kenapa tiba2 jadi gila morian PAS ni? DAP suruhlah. Siapa lagi. Kalau Mat Sabu kepalanya, confirm DAP yang suruh. Itu janji memori daun pisang Mat Sabu kepada adiknya Lim Guan Eng di dalam penjara Kemunting 1ketika dahulu. Akan dia pastikan DAP berkuasa. Akan dia padamkan serta lanyapkan terus Sejarah Kemerdekaan dikaitkan dengan UMNO. Diangkat dan dijulang puak Komunis yang walaupun menentang British, akan tetapi bertindak lebih kejam daripada komunis terhadap masyarakat Peribumi. Kata Guan Eng "Tapi bang. Isu ni sensitif. Takkan Orang Melayu nak terima komunis sebagai pejuang Negara. Abang tahu lah bangsa Abang tu." Mat Sabu jawab, "Dik, dalam PKM kan ada Melayu. Kita angkat dan julang dia. Orang Melayu confirm terkeliru punya. Masa tu Mahathir Kutty takkan nak perintah Malaysia lagi. Adik jangan risau yek. Abang Mat settlekan." Itu mungkin jawapan Mat Sabu terhadap Guan Eng semasa sebilik di Penjara Kemunting. Hentikanlah PAS. Kamu hendak bergelar Jaguh. Padahal kamu lupa, Agama dan Bangsa kamu bakal dipijak2. Cakap dengan pemimpin PAS tak kan jadi punya. Kita 'dakwah' ke peringkat akar umbi terutamanya anak2 Muda ni. Buku Sejarah Malaysia dicampak2 ke dalam tong sampah dek kerana ikut kata2 PAS ni. Sejarah itu maruah Negara. Jika dipermainkan, mesti dihukum. Gugat pegangan maruah Negara. Bukankah ISA tempat orang2 sebegini. Tak gitu Dato' Seri Hishamuddin? :-)





0 comments:

Powered by Blogger.