Sep 21, 2011

IMEJ TOK GURU JADI BUSUK.. KAUT TANAH BEKALAN 'MB IN WAITING'!!





Husam Musa kembali raih populariti murahan. Beliau selesai beberapan saman propaganda yang cuba dibangkitkan sebelum ini, bekas blogger belaan beliau sendiri hendak disaman pula. Sebab apa? Berkenaan 3 artikel yang didedahkan blogger ini. Kickdefella telah mengeluarkan pendedahan yang antara salah satu dari artikel tersebut mendedahkan kerugian besar Kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM 50 Juta akibat daripada tindakan rakus Husam merampas tapak tanah yang yang menempatkan Arked Uda bagi membangunkan premis perniagaan sebagai usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga kecil di lokasi tersebut. Peniaga2 ini dipindahkan sementara ke Bazaar Tok Guru. Pada mulanya, Husam dilihat kononnya berusaha untuk menyelesaikan masalah peniaga2 kecil ini, akan tetapi, peniaga2 ini hilang mata pencarian dek kerana Bazar Tok Guru menjadi Lubang Kubur ini mengakibatkan kerugian kepada Kerajaan Negeri seolah-olah ia tidak berkesudahan. Pendedahan Kickdefella ini mencacatkan imej beliau yang dikatakan bakal menggantikan Nik Aziz bagi jawatan MB Kelantan. Pengumuman saman RM 5 Juta dilihat 1 ugutan jahat bagi memastikan lelaki belaan beliau 1 ketika dahulu ini tidak lagi membogelkan imej buruk beliau. Adakah dengan cara ini Husam dapat membersihkan imejnya bagi melayakkan dirinya menggantikan Nik Aziz? Imej beliau tidak pernah bersih. Rahsia kesemuanya ada di tangan blogger ini. Jangan kata ini semua fitnah. Kamu yang melantik Kick sebagai satu2 nya blogger bagi menaikkan imej kamu, dan menumbangkan Kerajaan BN. Sehingga sanggup membayar jutaan ringgit kepada blogger ini demi memastikan imej kamu dilihat bersih. Kenapa Kick meninggalkan kamu Husam? Kamu tahu jawapannya. Perilaku kamu ini bakal menjahanamkan Kerajaan Negeri Kelantan. Husam kelihatan terlalu panik sehinggakan mengeluarkan kenyataan terbuka pengisytiharan saman terhadap Kickdefella, walhal writ saman tidak lagi diberikan secara rasmi. Adakah ini semua sekadar propaganda kamu bagi menutup keaiban sendiri? Ingat, Kickdefella sedikitpun tidak gusar berhadapan dengan kamu. Kerana dia tahu siapa sebenarnya Husam Musa. Kick sanggup berdepan demi membuka mata masyarakat Kelantan pelan strategi Husam mengaut harta kekayaan hasil harta Kerajaan Negeri. KLIK DI SINI untuk melihat paparan antara artikel yang dibongkar Kickdefella yang menyebabkan Husam bertindak menyaman beliau.






0 comments:

Powered by Blogger.