Sep 26, 2011

GUAN ENG KATA.. UMAR ABDUL AZIZ FATWA 'HARAM' LAKSANA HUKUM HUDUD!!





Inilah Umar Abdul Aziz versi Pakatan. 'Umar Abdul Aziz' ini mengugut akan meletak jawatan dan keluar dari Pakatan jika Hukum Hudud dilaksanakan di Negara ini. WOW.... 'Umar Abdul Aziz' ini juga memberi amaran buat Anwar tidak sesekali mempunyai sebarang niat untuk meletakkan Perlaksanaan Hukum Hudud di dalam Perjanjian Pakatan. 'Bagus' nya 'Umar Abdul Aziz' ini. Siapa dia? Inilah dia manusia yang dipuja Mat Sabu di dalam setiap Sessi Jelajah Ceramah seluruh Negara sebagai Orang Kafir yang berjiwa Islam. Inilah dia manusia yang dilambung2 Anwar dalam setiap Ceramah seluruh Negara sebagai seorang yang lebih 'Islam' dari Orang Islam. Lim Guan Eng nama diberi. Kalau sudah jiwa tak terima nama Islam, tok sah dok kata Hukum Hudud, setiap inci Sistem Perundangan Syariah tidak akan diterima. Woooiii Lim, jika benar kamu menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai inspirasi dalam perjuangan kamu, menang sahaja Pakatan di Pulau Pinang, esoknya kamu akan kemukakan usul Perlaksanaan Hukum Hudud. Kerana itulah rujukan Umar Abdul Aziz. Sekarang ni, 'Umar Abdul Aziz' versi baru nak buat 'fatwa' Hukum Hudud bukan sahaja tidak sesuai dilaksanakan buat masa ini, malah tidak boleh digunapakai langsung. Hukum sampah. Ada ke orang UMNO cakap macam itu? Kamu bila ada masalah sesama Pakatan, masih mahu hina UMNO. Jangan hendak mengelak daripada jawapan dengan mengherdik UMNO semula, walhal kita sedang berbicara soal kamu dan kuncu2 kamu yang 'tidur beromen 1 bantal, tapi mimpi ingat pasangan yang lain.' Haaaaa.... Geram aku. JAWAB.. Jawab dan nyatakan pendirian sebenar kamu. Nak bicara soal Prinsip, Prinsip apa? Nak sebut nama Islam ok lagi. Bila bicara soal Perundangan Islam, takut. Pemimpin2 PAS pun ramai yang takut nak timbulkan isu ini. Bukan sahaja takut. Ada yang bantu DAP memberi amaran kepada mana2 Pemimpin Parti yang berani menyentuh soal itu. Bila Nik Aziz menyalak, diam menyelamatkan diri. Itupun setelah diberitahu rakyat Kelantan semakin ramai yang berpaling tadah tidak menyokong Kerajaan Negeri kerana semakin keliru dengan perjuangan PAS. 'Umar Abdul Aziz' jenis apa ini? Terang2 disebut dan dilaporkan di dalam kenyataannya melalui laman Portal yang Pemimpin Pakatan kata paling telus, Malaysia Insider, “Jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan". Takkan nak boikot Malaysian Insider pula selepas ini. Tiap kali melaporkan penentangan sebegini, dikata media perkakas UMNO. Pelik bebenor kalau Malaysian Insider dapat gelaran sebegitu. Perkakas UMNO ke perkakas DAP... Tettttttttttttttttttt!! Media yang katanya Pro Pakatan pun dah tak tahu nak cover mana dah. Tak terkawal dah. Nak bina Kerajaan Pusat kalau isu Perundangan yang menjadi Nadi pembinaan sebuah Kerajaan pun tidak sepakat. Inikan pula mahu bicara soal2 lain? Bak kata Anwar pada UMNO, BAHLUL!! Sekarang ini, siapa yang BAHLUL sebenarnya? Akhirnya? PAS berpeluk tubuhlah dengan DAP. Itu sahaja penyelesaiannya. Pendirian tersangkut. Tak tahu nak jawab macam mana. 'Tutup kes'. Kita tengok sahajalah drama hebat Rabu ini. Pengarah yang sangat hebat bernama Anwar Al Juburi.






5 comments:

Adi Kencana said...

Hebat Umar Abdul Aziz DAP ni... Memang sesuai sangaaat PAS bagi gelaran tu kat dia...

Nurul Izzah iktiraf kepimpinan Dato' Raja Nong Chik? Baca di sini!!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Hai ape kejadah hantu-hantu DAP ni. Beri ceramah politik siap guna hadis dan ayat suci al-quran boleh. Tapi nak laksanakan hukum hudud dan negara Islam tak boleh. DAP adalah penipu rakyat dan orang Islam paling besar di dunia.

RAKYAT MALAYSIA TAK NAK DAP-PAS-PKR DALAM NEGARA!!!

Anonymous said...

KELUHURAN PERLEMBAGAAN ADALAH YANG HAK!!

BUKU JINGGA DAP ADALAH YANG BATIL!!!

RAKYAT TAK NAK DAP!!!

Anonymous said...

Ini lah Orangnya yang orang PAS doakan dalm Khutbah Jumaat ... Umar Abdul Aziz kononnya... UMAR ABDUL AZIZ BERJAYA DALAM PEMERINTAHAN KERANA TINGGINYA TAQWANYA KEPADA ALLAH BUKANNYA SISTEM YANG DIGUNAKAN.. Sesiapa pun juga yang menggunakan sistem Umar Abdul Aziz ... takkan berjaya selagi ketaqwaannya tak mencapai ketaqwaan Umar. Pertanyaan kita Siapa LGE?.. Kafir, Menentang Islam dan memusuhi umat Islam. PAS pulak? sama saja dengan UMNO ... tak ada beza .. lebihh baik pilih UMNO sebab tak mempergunakan Agama Islam dalam perjuangan politik.

Anonymous said...

semenjak Pas sertai pakatan rakyat, ramai jugak pemimpin Dap dapat baca ayat Quran dan Hadith Nabi. Syabas Nik Ijis

Powered by Blogger.