Sep 14, 2011

GUAN ENG CURANG.. ANWAR NAK 'BELI' KOH TSU KOON!!?





"Bukan beli. PKR mana pernah 'beli' orang. PKR parti yang 'bersih'. Lompat parti atas kesedaran. Tapi kalau lompat ke BN itu baru 'beli'. Lompat kat kita ikhlas Lillahi Taala." Mindset. Itu yang ditanam ke dalam benak penyokong2 fanatik Pakatan. Dan itu juga janji Anwar pada Karpal Singh yang akan memperbetulkan keadaan setelah dibelasah Pengerusi DAP itu yang pernah mendesak beliau meletak jawatan kerana mengambil langkah Politik Kotor membuat rampasan Kerajaan (Peristiwa 16 September). Mindset ini semakin hilang di dalam minda masyarakat kerana semakin tidak yakin dengan Anwar. Maka, Pakatan perlu membina kekuatan sendiri dengan menggunakan taktik yang diketengahkan Anwar akan tetapi bertindak lebih bijak dari Ketua Pembangkang itu yang dakwa Mat Sabu semakin kehausan seks. Koh Tsu Koon yang bertindak menyelamatkan diri menyorok di sebalik Pejabat PM kini sedang dipujuk Anwar untuk menyertai PKR. Anwar nak tak nak masih memerlukan kekuatan di Negeri kelahirannya setelah Guan Eng semakin menjauhkan diri daripadanya. Sebab apa? Kerana termakan dengan racun yang lebih berbisa iaitu abang angkatnya Mat Sabu. Malah Mat Sabu berjanji, akan melakukan apa sahaja asalkan Guan Eng tidak menerima sebarang pandangan Anwar. Tindakan Mat Sabu yang sejak akhir2 ini bersuara tentang Mat Indera yang menjadi tali barut kekuatan Komunis memutarbelit lalu bertindak kejam ke atas Orang Melayu di Tanah bumi bertuah ini. Mat Sabu cuba memainkan peranan sebagai Mat Indera. Dengan membantu Guan Eng. Kenapa Anwar tidak bersuara? Kerana beliau tidak diberitahu mengenai hal ini. Anwar tahu beliau sedang dibenam oleh musuh akhir zaman beliau, Mat Sabu. Maka, Anwar kini akan memperdaya Koh Tsu Koon untuk dijadikan senjata utama membina kekuatan beliau. Anwar mensasarkan untuk menjadikan Tsu Koon sebagai kambing hitam memperdaya minda orang Melayu Pulau Pinang dengan mendakwa UMNO sebenarnya yang perosak masyarakat Melayu Pulau Pinang. Ohh? Idea yang bagus.. Lihat seperti ada kebenaran.. Dicungkil seperti DAJAL Perosak Ummah. Gunalah Idea ini Anwar. Teruskan dengan propagandamu Mat Sabu. Inilah Perang sebenar Politik Tanah Air. Perang Anwar VS Mat Sabu. Ku berdoa dua orang ini dan serpihan2 perosak yang bersama mereka kecundang rebah pada PRU13. Kerana mereka tidak pernah fikir tentang rakyat. Mereka hanya melacurkan maruah Rakyat demi kuasa. Adakah Koh Tsu Koon akan terima 'pelawaan bernilai' Anwar? Terimalah kesilapan yang lalu YB. Tsu Koon, lepaskan diri anda dan angkat Pemimpin yang benar2 mampu memberi kemenangan rakyat, parti dan parti komponen. 'Rakyat' bukan jenama. 'Rakyat' adalah maruah.





1 comments:

kluangman said...

Bro, kali ini gua tak dapat bersetuju...Tsu Koon tu tawar,takkan anwar berselera, bagi free pun rasanya belum tentu ada sesiapa yang pungut..

Powered by Blogger.