Sep 22, 2011

GERAKAN UBAH SEJARAH BESAR2 AN.. TUNKU JUAL NEGARA PADA BRITISH!!





Ini sebenarnya realiti yang sedang digerakkan. Tanam minda.. Racun minda.. Kelirukan.. Kemudian bawa 'Sejarah Baru' jenama Pembangkang. UMNO bukan sahaja mengkhianat rakyat pada masa kini. Malah mereka mendakwa Pemimpin2 UMNO seperti Tunku menjual Tanah Melayu pada British demi Kemerdekaan. Dikatakan kemerdekaan Negara yang dikecapi ini tiada maruah kerana ianya dilaungkan oleh Tunku Abdul Rahman. Ini yang sedang digerakkan secara halus kepada anak2 Muda terutamanya di peringkat IPTA dan IPTS. Diracun minda mereka bahawa Pemimpin2 berhaluan kiri termasuklah Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Gelaran pengkhianat Negara terhadap beberapa Pemimpin Komunis juga disanggah dan ditarik semula seperti Chin Peng kerana kata mereka golongan ini juga ada jasa pada Negara dan bersama2 menentang British. Cubaan jahat. Ini yang kamu kata bukan cara komunis? Umat tidak bersyukur. Harta yang kamu miliki ini tidak akan menjadi milik kamu jika Negara ini terus dijajah. Apa bezanya Tunku dan Mat Indera? Ya.. Pemimpin2 berhaluan kiri sanggup dipenjara kerana menentang British. Hendakkan merdeka. Kenapa dipenjara? Kerana guna cara provokasi dan kekerasan. Seolah2 British menzalimi mereka seperti puak2 komunis yang pada ketika itu menyebelahi dan bersama dgn. mereka. Adakah cara puak haluan kiri ini akan dapat menggenggam kemerdekaan Negara? Malah lebih jelak tindakan puak2 haluan kiri pada masa itu bersama2 beberapa Pemimpin komunis untuk sama2 berjuang menentang British. Hendakkan kemerdekaan yang lebih sengsara. Siapa lebih kejam? Komunis atau British? Peperangan yang kamu laksanakan yang bakal menyebabkan berlakunya pertumpahan darah. Siapa menjadi mangsa? Anak Isteri yang tidak berdosa. Walhal ada cara yang lebih tersusun dan bijak boleh digunakan bagi menghalau British dari Tanah Melayu. Perundingan... Tunku menggunakan cara perundingan agar tanah bumi bertuah yang kita julang ini merdeka dengan aman tanpa pertumpahan darah. Bukankah perundingan ini juga merupakan amalan yang dijulang Agama kita Islam 'Azzawajalla? Dan perundingan ini jugalah menyebabkan pihak British menghormati Agama dan Bangsa kita yang tidak lekang dengan budi pekerti, kaya dengan adab sopan dan sikap saling hormat menghormati. Puak2 berhaluan kiri berperang dbersekongkol dengan beberapa Pemimpin yang bersama komunis termasuk Mat Indera. Jangan sesekali nafi Mat Indera pernah bersekongkol dengan Komunis. Bukan soal keahlian PKM yang Mat Sabu dan kuncu2 nya cuba bongkar. Beliau pernah bersekongkol dengan Komunis. Jangan putar belit Sejarah Negara. Apa baiknya komunis? Mereka Membakar Masjid. Membunuh kanak2 dan wanita. Rakus menceroboh dan merampas wang hasil titik peluh masyarakat pada ketika itu. Ini dikata pejuang kemerdekaan? Jangan kata komunis. Mana2 individu yang cuba bersubahat dengan komunis jijik diberi gelaran Pejuang Negara. Dan Ingat. Sejarah tidak pernah menafikan peranan kecil puak berhaluan kiri seperti Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam yang pernah seketika bersama UMNO. Ya. Tak dinafikan. Perjuangan mereka benar. Mahukan kemerdekaan. Akan tetapi perlaksanaan yang mereka lancarkan tidak bijak malah tidak akan mencapai matlamat perjuangan Negara untuk merdeka. Malah apa yang bakal berlaku pertumpahan darah yang akhirnya menjadi sebuah Negara yang tiada tamadun dan merdeka dalam sengsara sepertimana yang berlaku di beberapa Negara lain pada masa kini. Ingat. Jangan cuba mengubah Sejarah Negara melampaui batas. Kamu mahu menang Pilihanraya. Lakukan strategi kamu. Perang politik berdepan dengan perang politik. Akan tetapi, mengubah Sejarah Negara yang merupakan nilai paling tinggi yang menjadi maruah Negara jangan sesekali diperkotak katikkan. Ingat. Negara Kita Tanggungjawab Kita. Jangan biarkan ianya lebih sengsara. Jangan biarkan ianya lebih menderita. Jangan terlebih bijak pandai berfikir sehingga membawa kesesatan. Seperti orang yang mengkaji Al Qur'an tanpa berguru, akhirnya mengaku dirinya Utusan Allah. Jadi Gila. Pembangkang hanya melancarkan serangan balas dendam politik. Dendam kesumat terhadap Kerajaan sedia ada. Ingat. Genggam dan Pelihara Sejarah Negara. Kerana ianya adalah karamah buat renungan anak cucu kita.






5 comments:

Anonymous said...

terang lagi bersuluh artikel ini....
kalau ada yang tak faham....atau buat2 tak faham kerana faktor2 tertentu.....cepat2 la insaf....takkan nak jadi mcm Afganistan....Palestin...Iraq...dll
Patah tulang bertongkat dagu...bumi ini harus dipertahankan dari pengkhianat2 negara...

Anonymous said...

laaa korang ni baru tahu ke? perkara ni udah lama la seblm korang isi artikel ni mmg SAYA dah tahu. korang ni semua slow aarrr.
lain kali baca semula sejarah dgn teliti.

Anonymous said...

malaysia x mcm indo. indo bermati matian utk mengegakkan bumi tercinte mrk. kita malaysia jual negara utk masa depan. utk masa depan terjamin. tu la kata ye.
kalu x masa kan kita sampai skg byr kat penjajah. tu semua utk bg penjajah jgn apa2 kan bumi malaysia.

Anonymous said...

malaysia x mcm indo. indo bermati matian utk mengegakkan bumi tercinte mrk. kita malaysia jual negara utk masa depan. utk masa depan terjamin. tu la kata ye.
kalu x masa kan kita sampai skg byr kat penjajah. tu semua utk bg penjajah jgn apa2 kan bumi malaysia.

Anonymous said...

PARA SYUHADA' & PEJUANG ANTI-PENJAJAH BRITISH

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pandak Lam

Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan bangsanya sendiri.


Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor) dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak. Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.

Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2 November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14 Disember hingga 22 Disember 1876 di Matang, Perak.

Beliau dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.

Saiyid Abdur Rahman bin Saiyid Muhammad al-Aidrus. Beliau lebih dikenali sebagai Tok Ku Paloh. Tok Ku Paloh ialah ulama yang tidak takut menanggung risiko tinggi dalam perjuangan demi mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Beliau melindungi pejuang-pejuang Islam dan Melayu yang bermusuh dengan penjajah Inggeris pada zaman itu. Ada riwayat mengatakan Haji Abdur Rahman Limbong dan Tok Janggut yang terlibat mengetuai kegiatan anti-penjajah juga adalah murid Tok Ku Paloh.

Semangat jihadnya sungguh indah, menarik dan ada hembusan segar seperti yang diriwayatkan oleh Muhammad Abu Bakar. Katanya: “Dalam Perang Pahang, penentang-penentang British yang dipimpin oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri setelah mengalami tekanan daripada kerajaan. “ Pada Mei 1894, mereka menghubungi Tok Ku Paloh, dan mendapat simpati daripada ulama tersebut. Ini bukan sahaja memberi nafas baru kepada perjuangan mereka, tetapi mereka juga diberi perlindungan di Paloh serta diajar ilmu untuk menentang musuh mereka di Pahang. Hugh Clifford dalam pemerhatiannya mengatakan Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad. “Hasil semangat baru yang diperoleh daripada Tok Ku Paloh, serta penambahan kekuatan, pasukan pahlawan menjadi lebih besar dan tersusun.”



Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato' Bahaman ialah Orang Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang, Tanah Melayu.

Kebangkitan Dato’ Bahaman selama 4 tahun (1891-1894) telah menyebabkan pihak Inggeris menanggung hutang yang banyak. Sultan Ahmad dipaksa membayar sebanyak 7200.00 dollar setahun bagi menyelesaikan hutang tersebut.

Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.




Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.


Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. Lahir tahun 1285 H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M.

menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys, Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928.




PENERIMA ANUGERAH KEMERDEKAAN DARI BRITISH

UMNO, Tengku Ab. Rahman, dll ........

Powered by Blogger.