Sep 28, 2011

DRAMA HUKUM HUDUD BAKAL TAMAT MALAM INI!!





Walaupun majlis pimpinan pembangkang akan bermesyuarat Rabu malam menentukan Konsensus isu hudud yang menyebabkan pertembungan PAS-DAP, sudah ramai dapat agak kesudahan episod terbaru hubungan parti pembangkang itu termasuk PKR. Sebelum ini, jika ada perbalahan sama ada babitkan tiga parti itu, penyelesaian mudah. Biasanya, mereka kata perselisihan pendapat dan itu biasa dalam mana-mana parti politik. Namun, paling kerap pembangkang akhirnya menunding jari kepada UMNO dan media yang kononnya berpihak kepada kerajaan. Pembangkang cukup pandai cover up atau main silap mata tutup pekung masing-masing. Cuma kali ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nampak macam betul-betul serius mahu hudud dilaksanakan malah sanggup ‘byr-bye’ kepada pembangkang jika terus menentang hasratnya itu. Paling pening nanti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meredakan panas DAP dan panas PAS dalam isu hudud. Ada juga yang bertanya apakah pemimpin yang berdepan isu moral ini boleh menangani perbalahan PAS dan DAP dalam isu tersebut. Bagaimanaupun, Anwar yang hebat dengan pujuk rayu dan kata-kata pasti dapat menurunkan suhu Nik Aziz dan pemimpin DAP yang sudah hilang sabar bila Meenteri Besar Kelantan itu main balik isu hudud. Bagi pemimpin UMNO, mereka sudah masak sandiwara pemimpin-pemimpin pembangkang bila mereka berlaga pendapat dan melihat kesudahannya macam lakonan sahaja. Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan mencabar DAP atau PAS keluar dari kumpulan permbangkang kerana jika tiada yang keluar, jelaslah mereka hanya bersandiwara. “ Hudud ini hanya hudud PAS sebab ( isu ini) muncul setiap kali pilihan raya. Ini hudud politik. PAS sudah diberikan peluang oleg rakyat lima kali (pilihan raya). Tahun 1990 janji nak buat tapi tak buat sama juga pada 1995, 1999, 2004 dan 2008 janji nak buat tapi tak buat,’ katanya. Menurutnya, rakyat Kelantan sudah ditipu Nik Aziz dan PAS dengan isu hudud. “Nabi pernah berkata, jangan dipatuk di lubang yang sama dua kali. Ini lima kali rakyat Kelantan ditipu permainan politik dan mencemarkan hudud,” katanya kepada Agendadaily. Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir pula meminta rakyat melihat skrip-skrip yang sedang dimainkan pembangkang. “Ini semua drama yang dimainkan mereka, ini skrip-skrip drama. Lepas ini mereka akan duduk baik-baik. Ini skrip satu, skrip dua..drama tiga dan seterusnya,” ujar beliau. Menurutnya, ini memperlihatkan bagaimana berkuasanya DAP menentukan halu tuju PAS apa yang perlu mereka buat dan tidak. Artikel dari Agendadaily





0 comments:

Powered by Blogger.