Sep 22, 2011

DEDAH.. DR. DZULKEFLY SUSUN STRATEGI HAPUS HUKUM HUDUD!! - ULAMA' PAS.





Dr. Dzulkefly Ahmad... Ahli Parlimen Kuala Selangor. Baru mula belajar berperang dalam politik dan individu yang sebenarnya bakal 'mereformasikan' PAS untuk jauhkan parti tersebut daripada terus memperjuangkan Sistem Perundangan Islam. Apatah lagi hendak perjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud yang menjadi mainan politik PAS semata2. Baru masuk dunia politik sudah hentam Otai UMNO Mahathir. Hey DR.!! Kamu toksah sibuk hendak hentam orang tua ni. Dia lebih kenal siapa PAS. Dia jauh lebih berpengalaman dan tahu intipati PAS itu sendiri yang penuh dengan sandiwara. Bukankah benar kata Mahathir? Dahulu PAS dok sibuk cerca Mahathir, dikata penghalang utama perlaksanaan Hukum Hudud. Kini, siapa Mahathir? Mantan.. Sudah jadi Mantan PM. Buatlah? Nak tutup Pusat Hiburan bulan Puasa di Kedah pun sudah kena maki dengan DAP. Inikan pula hendak laksana Sistem Perundangan Hudud. Jangan dok marah orang UMNO. Minta izin terlebih dahulu dengan DAP samada boleh atau tidak. Apa sudah jadi pada Kedah? 98% ditunjangi PAS. Nak tutup Pusat Hiburan pun tak boleh. Kena maki dengan DAP Kedah. Padahal DAP bukan ada apa2 portfolio pun di peringkat Kerajaan Negeri tersebut. Jangan dok pusing cerita hendak cari kesalahan prinsip UMNO. Kita bicara soal prinsip kamu. Hudud tidak diperjuangkan. Mat Indera pula kini dipertahankan. Sanggup ke penjara semata2 hendak pertahankan orang yang pernah bekerjasama dengan Komunis. Kalau rela ke penjara demi perjuangan Hudud bermaruah la juga. Apa yang PAS dok merepek pertahankan sekarang. Dr. Dzulkefly inilah antara Pemimpin PAS alaf baru yang bakal menghapuskan perjuangan asal PAS. Inilah dia 'suara baru' PAS yang dibawa dari luar, bersekongkol dan bercium molot dengan Anwar untuk menghapuskan perjuangan PAS. Sekarang ni kalau nak pertahankan Islam dikata Proksi UMNO. Macam Hasan Ali. Sahabat karib Dr. Dzulkely iaitu Khalid Samad lah yang menjadi tulang belakang melancarkan fitnah2 terhadap Hasan Ali bagi menjatuhkannya. Termasuklah berkenaan isu Hasan Ali bakal sertai UMNO. Hey, mana boleh keluar PAS. Sudah Ba'iah dah. Siapa keluar PAS maka jatuhlah talak ke atas isteri mereka. Dr. Dzul, kamu lebih baik berdiam diri. Kamu punya agenda jahat. Sekali kamu bersuara, habis Ulama' PAS akan bogelkan kamu. Kamu tahu Ulama' PAS sememangnya tidak berpuas hati dengan kamu. Ya, kamu boleh nafi dimulut kamu. Akan tetapi, hakikatnya, realitinya, ini yang sedang berlaku. Good Luck PAS with your 'New Vision'.






2 comments:

Jamaludin said...

Diharapkan PAS berani melaksanakan hukum hudud. Jangan ikut telunjuk DAP. Jangan kena gertak sikit dah tak jadi dan memberi pelbagai alasan yg menyatakan UMNO yg melarangnya.

Anonymous said...

Jika UMNO & PKR setuju, Kerajaan Kelantan boleh forward untuk pengubalan Akta Pelaksanaan Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan: 2011 di Parlimen segera untuk diluluskan di Parlimen. Kita laksanakan pilot project hudud ini di Kelantan dulu.

Powered by Blogger.