Sep 13, 2011

DAP JOHOR DEDAH RASUAH BESAR ANWAR & CHUA JUI MENG!!?





Hubungan propaganda Pakatan dilihat semakin bercelaru setelah PKR dan DAP Johor bercakaran dan ugut mengugut dalam merebut kerusi DUN dan Parlimen masing2 di Negeri tersebut. DAP Johor telah mendesak agar beberapa kerusi yang berpotensi menang diberikan kepada parti tersebut yang lebih senior berbanding PKR Negeri yang anggotanya sendiri bukan terdiri daripada penduduk tempatan malahan Negeri Johor sendiri. Namun kedegilan PKR Negeri menyebabkan DAP terpaksa bertindak di luar batasan dengan membuat ugutan akan membongkar 1 pendedahan yang mengejutkan. Sebelum ini terdapat 2 isu yang menjadi hangat iaitu kuota MB Johor yang bakal diberikan kepada bekas Pemimpin MCA, Chua Jui Meng. Akan tetapi, ada juga pihak yang mendakwa pihak PKR melalui Anwar telah memberikan sejumlah wang yang agak besar beserta kontrak sebuah projek di Selangor kepada Pengerusi PKR Johor itu sebelum mengambil keputusan menyertai PKR. Namun, sehingga hari ini pihak PKR tidak mengambil sebarang kenyataan balas terhadap pertuduhan tersebut. Penyertaan Chua Jui Meng yang pada mulanya disasarkan akan memberi impak besar terhadap undi Cina di Johor kini berhadapan dengan masalah dalaman. Kecelaruan Pakatan Johor dikatakan langsung tidak diambil peduli Chua Jui Meng akan tetapi hanya menunggu reaksi Anwar untuk campurtangan. Anwar yang sebelum ini berjanji tidak akan menyalahkan Chua Jui Meng jika berlaku sebarang krisis telah mencantas beberapa aktivis PKR yang merupakan reformis Negeri dan bekas2 tokoh Parti Rakyat Malaysia termasuklah Ahmad Tan. Bagaimana? Mahu rampas Johor? Bayangkan bagaimana hendak membina benteng sebuah Kerajaan Negeri dengan keadaan Pakatan yang diambang runtuh di Johor?





2 comments:

cityiklan said...

semakin lama topik politik semakin menjadi-jadi..apakah nasib warga malaysia selepas ni??

Anonymous said...

Programs, reviews of new products, reviews of software http://bestsoftwarehere.com/

Powered by Blogger.