Sep 20, 2011

"ANWAR.. JGN. RASUAH PEMIMPIN KAMI, PKR KINI MUSUH KAMI!!" - DAP JOHOR.





Nampaknya ada pemimpin atasan PKR cuba mempolitikkan isu ini bagi mengadakan 1 lakonan hebat keretakan hubungan DAP dan PKR Negeri Johor. Oleh itu, beberapa pemimpin DAP Negeri memberi amaran tidak akan merestui mana2 Sidang Akhbar yang dikatakan bakal berlangsung selepas ini bagi memulihkan hubungan kedua2 parti tersebut. "Jika ada, itu semua propaganda politik. Hakikatnya kami memang tidak akan berhubung dengan PKR Negeri mahupun Pusat sama sekali. PKR tidak sedar diuntung." Itu reaksi beberapa kumpulan yang juga disertai beberapa AJK Bahagian DAP peringkat Bahagian. DAP yang kini sedang bertelagah dengan PKR berkenaan isu perebutan pembahagian kerusi jawatan DUN dan Parlimen menjelang PRU13. Anwar kini dikatakan sedang berunding bersama Guan Eng bagi mengatur 1 lakonan melalui Sidang Akhbar bagi menunjukkan kepada umum bahawa pergelutan tersebut telah selesai secara muafakat di masa akan datang. DAP Johor turut memberi amaran kepada Chua Jui Meng selaku orang No. 1 PKR Johor agar tidak bersikap angkuh dan membiarkan Anwar yang semakin gila kuasa mengerah tenaga melaksanakan propaganda sedemikian kerana ianya akan membangkitkan lagi kemarahan kesemua DAP di peringkat akar umbi. Malah dijangka ada seorang Pemimpin DAP Negeri bakal dibayar dengan sejumlah wang besar oleh Anwar bagi mengepalai Sidang Media Propaganda tersebut. DAP Johor akan menentang habis2 an PKR Negeri waimah apa jua jalan sekalipun. Belum bentuk Kerajaan sudah bertengkar? Propaganda adalah nadi politik Anwar. Undilah Pakatan? Undi jika mahu lihat Negeri Johor bergelut.





1 comments:

Anti Jumud said...

Itu yang kita nampak masalah dalam pakatan bukan saja di Johor malah di negeri lain pun, masih banyak kemelut yang berlaku dalam pakatan dakyat terutama sekali dalam soal pengagihan kerusi.

Ini semua tanda-tanda kejatuhan pakatan rakyat dalam pilihanraya akan datang dan semestinya peluang ini perlu direbut oleh pimpinan kerajaan untuk mendapat 'political mileage'.

AJ

Powered by Blogger.