Sep 16, 2011

ANWAR BERANG.. 'SAYA ORANG PALING LAYAK UMUM MANSUH ISA, BODOH!!'





Bukan mansuh. Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ditukar dan dipecah kepada 2 Akta. Kan sedap sikit bunyinya. Kalau mansuh terus, memang aku bantah. Akan tetapi, pengumuman Perdana Menteri itu sedikit sebanyak mengejutkan ramai di kalangan aktivis yang membantu Kerajaan menerangkan relevennya ISA. Ada ramai memberi pandangan yang berbeza. Akan tetapi, Najib mesti terangkan dengan jelas 2 akta yang diumumkan bagi menggantikan ISA. Memang. ISA sememangnya mesti digubal agar ianya lebih releven dengan situasi dan keadaan semasa. Melayu CinDia mengharapkan 2 akta ini mampu menjana semula perundangan yang lebih tegas agar golongan2 tertentu tidak sesuka hati menimbulkan gangguan dan kekacauan sehingga menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan keselamatan Negara. Rakyat juga ingin tahu dengan segera penjelasan 2 Akta ini dengan lebih terperinci agar ianya tidak disalahgunakan Pembangkang untuk membunuh maruah Perundangan Negara. Usul dan luluskan segera. Kerana ramai individu2 yang lagak seorang Perwira berkeliaran di luar sana menghasut rakyat menolak Sejarah Negara sedia ada yang sekian lama dipelihara. Orang2 seperti Mat Sabu misalnya sewajarnya 'merasmikan' 2 Akta baru ini. Jangan hanya propa semata2. Tapi jadi macam ISA. Dah berhantu rasanya tidak berpenghuni. Ingat PM, perjelaskan. Tak payahlah suruh Menteri yang bertanggungjawab memberi keterangan. Rakyat lebih berpuas hati jika PM sendiri yang beri kenyataan lebih jelas 2 Akta ini. Kasihan Anwar. Berangan nak jadi pejuang mengumumkan Permansuhan ISA. Tak sempat.






8 comments:

Kenn said...

Kalau kita lihat sebelumnya ini, puas hati kah kita dengan dasar liberalisasi? meb? ppsmi? sekolah vernakular vs satu sekolah? dan lain-lain lagi? cara mengendali bersih kemudian akhirnya tunduk juga pada tuntutan? Isu agama?

Trendnya seperti 1) Umum 2) Org terkejut 3) Bantahan 4) Flip flop secara ucapan berapi 5) Perlaksanaan dasar yang tidak puas hati itu berjalan juga

Jadi, berdasarkan pengalaman lepas, bolehkan kita berharap bahawa ISA ini akan di tambah-baik seperti contohnya MEB nak menambah-baikkan DEB?

Yakinkah dgn kewibawaan setelah beerapa tahun memegang tampuk? Yakinkah orang-orang Melayu dan Bumiputera?

Mohd said...

Siapakah yg menentang dan takut kpd ISA?
Sudah tentulah mereka yg begitu gemar utk menabur fitnah dan bertindak mengancam keselamatan negara.
Sebenarnya ISA melindungi rakyat jelata dari anasir2 jahat spt ini yg ada dlm negara ini.
Tindakan Najib ini tidak mendahulukan rakyat tetapi memberi ruang yg lebih luas kpd anasir2 jahat yg selalunya berada dlm parti2 pembangkang spt PAS, PKR dan terutamanya DAP.
Rakyat jelata sudah tentu tidak akan berasa selamat bila Najib memansuhkan ISA. Ini akan memberi kesan yg negatif kpd BN di PRU13 nanti.
Inilah akibatnya apabila Bajib mendengar nasihat2 sumbang dpd penasihat2 yg ada di sekelilingnya yg sebenarnya adalah gunting dlm lipatan.
Najib sendiri tidak akan kalah di Pekan, Pahang. Sebab dia dlm diam2 telah membawa masuk beribu2 orang Melayu dari Kedah, diberi tanah dan diberi pembangunan infrastruktur di kawasan Nenasi. Mereka ini akan memberi sokongan undi yg kuat utk Najib kekal sbg MP. Tetapi apakah Najib hanya akan jadi Ketua Pembangkang selepas PRU13?
Nampaknya Najib sudah menggali kubur utk BN. Maka betullah Teori R.A.H.M.A.N yg mengatakan Najib akan jadi PM yg terakhir bagi Malaysia.
Bila Pakatan Rakyat sudah berkuasa, Perlembagaan akan dipinda. Malaysia akan dijadikan sebuah Republik dgn sistem raja-raja dihapuskan yg dgn sendirinya akan menghapuskan kuasa politik kaum Melayu. Jadilah The Republic of Malaysia spt The Republic of Singapore. Kaum Melayu yg bodoh dan yg mudah lupa akan mengemis di tanah air sendiri!
Nauzubillah ........

Anonymous said...

Kenn, Mohd..,

Jangan takut.. ISA yg sedia ada memang terlalu banyak kelemahan... Sejak akhir2 ini, mereka yg telah ditahan dibawah ISA dapat melepaskan diri melalui mahkamah kerana kelemahan2 itu.
Sebelum kita membuat apa2 keputusan, sebagai rakyat yg mahukan kedamaian, kita harus tunggu dan lihat pengubalan akta baru yang saya harapkan akan lebih mantap menangani manusia2 yg suka menabur fitnah serta memecahkan perpaduan yang sedia ada.
Tiada guna kita ada ISA kerana kepincangan2 definasi didalamnya. Ia sebaliknya memberikan imej buruk kepada kerajaan dan rakyat yg memilihnya.
Lebih baik kita gubal akta baru yang sesuai dengan suasana politik masakini. Kita harus menggubal akta2 pencegahan fitnah serta usaha memecahbelahkan perpaduan rakyat.

Kita harus tunggu langkah yg seterusnya dari Najib...

Sabar.... Dia orang bukan dah tak mahu perintah Malaysia...

anti bohmau said...

betul tu. sabar dulu sebelum mengamuk tak tentu pasal...


jika ds najib begitu berani menghapuskan apa yg kita anggap tunjang kekuatan politik pemerintah, kita perlu melihat tindakannya ini sbg satu strategi yg bakal memantapkan kedudukan kerajaan krn ada dua akta baru yg lebih baik InsyaAllah, akan dibentangkan diparlimen menggantikan ISA...

memang agak bimbang tp berilah peluang kpd PM.. belum pernah lg keadaan mendebarkan begini berlaku dlm pemerintahan negara...

jgnlah ikut amarah. jgn ikut gelagat pembangkang. semuanya serba tak kena bg mrk. biarlah mrk sj yg memaki hamun PM...
kata orang tua2, ikut hati mati, ikut rasa binasa. berpada2lah...
takut nnt bila berjaya, malu kita yg meracau2 sorang

aku said...

perjuangan bukan bermula dengan 'kemenangan'...tapi dimulakan dengan kefahaman....

PM telah jauh 'meninggalkan' pergi suatu yang dinamakan 'nilai' bagi pihak pembangkang....yang akhirnya menjadi 'bebanan' yang perlu depa sendiri pikul....

bukan kah untuk sejauh 30 thn lebih PM menyusuri perjalanan sbg seorang pejuang dalam arena politik....telah 'membekalkan' beliau dengan 'data' dan 'analisis'....untuk 'merangka' dan 'melaksana'....

yang menjadi kekurangan beliau...sewajarnya 'diperlengkapkan' oleh sahabat2 lain....bersama blogger2 yang pro UMNO/BN....untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai ini.....'bergandingan' mnjadi 'mata dan telinga' kerajaan...untuk suatu pembentukan kerajaan yang berhemah...dan bijak...

atas dasar sifat patriotik dan semangat beliau.....kelihatan beliau konsisten dengan kata2 dan janji beliau....dgn melaksanakan tiap sesuatu itu secara tersusun....

semoga segalanya dipermudahkan oleh yang Maha Esa...untuk negara Malaysia yang tercinta.....bersama pemerintahan benar dan adil...InsyaAllah....

wallahu'alam...

ntahla said...

ada ISA mengamuk nak suruh mansuh.. bila dah mansuh pun tak puas hati lagi.. apa lagi yang korang nak? semua tak puas hati..

Anonymous said...

“ISA” lambang penindasan dan kediktatoran UMNO/BN terhadap pejuang2 rakyat dan aktivis2 Islam!

Mansuh ISA- Penderitaan ribuan mangsa2 ISA atas kepentingan politik UMNO/BN sebelum ini terasa sedikit terubat ................

tapi perjuangan hak rakyat belum berakhir....... selagi 'dajjal' anti-Islamis UMNO tidak dikuburkan..........

aku said...

anon, Friday, September 16, 2011

“ISA” lambang penindasan dan kediktatoran UMNO/BN terhadap pejuang2 rakyat dan aktivis2 Islam!

===================================
penindasan dan diktator tang mana...? tang 'bekas ISA' yang antaranya da jadi Yang Berhormat ka...?

n tang mana perjuangan rakyat dan aktivis2 Islam tu...? tang makin bertambah 'suara' kat parlimen dan DUN tapi jadi 'kacau bilau' dek kerana 'kemaruk kuasa'....'giler talak'...bla bla bla ka..?

===================================
Mansuh ISA- Penderitaan ribuan mangsa2 ISA atas kepentingan politik UMNO/BN sebelum ini terasa sedikit terubat ................
===================================

penderitaan yang mcamana...? adakah spt penderitaan pejuang2 kemerdekaan antaranya Bukit Kepong...?

===================================
tapi perjuangan hak rakyat belum berakhir....... selagi 'dajjal' anti-Islamis UMNO tidak dikuburkan..........
===================================

perjuangan hak rakyat yang mana...? kafir harbi DAP ka...? PKR sesumpah ka..? PAS yang 'sesat lagi nyesatkan'...?

perjuangan memang belum selesai beb....selagi ada pengkhianat bangsa....agama dan negara....spt PAS...PKR....dan anti agama Islam seperti kafir harbi DAP....

yang 'dajjal' tu depa....'perjuangan' depa yang mula kelihatan 'kedajalan' sebenaqnyer....

gilerrrr biolll!

Powered by Blogger.