Aug 15, 2011

USTAZ AKHIL HAYY DUTA BERSIH 3.0!!?





Siapa yang tidak kenal dengan bekas Vokalis Kumpulan Rock ini. Di awal kemunculannya setelah sekian lama menyepi, beliau mengejutkan rakyat Malaysia dengan perubahan ke arah kerohanian. Namun, ceramah2 beliau kelihatan banyak mengkritik Kerajaan pimpinan Pak Lah dan Pro Pembangkang pada ketika itu. Walaubagaimanapun, beliau berjaya menarik minat masyarakat terutamanya golongan remaja untuk hadir ke Masjid mendengar ceramah beliau yang penuh daya tarikan. Kini, beliau bersama Astro. Membuat program2 yang lebih berbentuk cabaran dan santai, akan tetapi tidak melupakan dakwah terhadap penonton. Tiada lagi mendengar kritikan malah lebih kepada unsur2 nasihat. Sejak kembali bergelar artis, kontroversi itu merupakan perkara biasa buat beliau. Tragedi penceraian dan pernikahan bersama Penyanyi Waheeda sedikit sebanyak mencalar imej beliau. Beberapa wartawan baru2 ini ada bertanyakan kepada beliau tentang isu Politik tanah air terutamanya mengenai penganjuran Rusuhan2 dari pihak Pembangkang seperti BERSIH 2.0. "Sebolehnya saya mahu mengelak daripada memberikan komen berhubung apa saja yang berkaitan dengan isu politik. Pada saya, Malaysia merupakan negara demokrasi dan paling penting semua rakyat inginkan keamanan." Emm... Jawapan Playsafe. "Saya pasti ada caranya untuk mendapatkan keamanan itu. Jadi, saya tidak boleh berkata salah atau betul tentang tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu untuk mencapai keamanan. Mungkin keamanan boleh tercapai apabila kita duduk berbincang bersama-sama dan menyatakan tuntutan masing-masing. Walau apa pun berlaku, semua agama mengajar kita untuk mencari perdamaian. Tetapi jika ia dilakukan tanpa mengikut syariat Allah, bagaimana kita mahu mendapatkan keredaan dan pengampunan Allah." Ini jawapan yang pada pandangan Melayu CinDia sewajarnya dijadikan panduan buat masyarakat Malaysia. Ustaz Akhil Hayy sememangnya sedar adalah tidak adil bagi seorang pendakwah melihat politik dari 1 sudut semata2. Beliau juga kini lebih fokus dalam memberikan dakwah melalui lagu2 sentuhan beliau di samping program2 yang disiarkan melalui Astro Awani. Bagus. Tetapi ingat Ustaz, setiap kata2 Ustaz akan diingati. Harapan Melayu CinDia agar beliau fokus dengan pendirian sekarang dan terus berdakwah buat anak2 Muda Islam di Malaysia.





2 comments:

Anonymous said...

Salam untuk semua saudaraku,

Diharap semua blogger(x kira pro manapun) berhenti bergaduh sesama kita. Kita semua tegar jadikan tema Gerakan Anti Komunis dan Kami Sokong Jais dlm blog masing2 sebagai tema perpaduan kita sempena bulan Ramadan mulia ini dan bulan Merdeka. InsyaAllah

Anony 3.28am
One Man Show

ZackAcap_diPerantauan said...

DULU AKU MENYAMPAH JUGAK TGOK AKHIL HAYY NI BILE DIA POLITIK PRO PADA PEMBANGKANG..BOLEB KATE SETIAP CERAMAH POLITIK DIA AKU FOLOW...LA NI, AKU PALING SUKA TGOK DIA DLM RANCANGAN ASTRO' CUBAAN;..DAN CERAMAH DIA DI ASTRO OASIS..MEMANG KELAKAR DAN TAK BOSAN...TABIK SAME LU BRO....HEHE...BILE POLITIK TAK DE HASIL, DUIT POKET SENDIRI PON KDG2 KUAR, TAPI BILE DH MASUK TV, ADA RANCANGAN SENDIRI, DPT OFFER MCM....MASYUKKKKK...HEHEHE..TERUSKAN DAKWAH ANDA BRO AKHIL HAYY...HEHEH..SORRY, USTAZ AKHIL HAYY..HEHEHE

Powered by Blogger.